Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Karimah pergi ke dapur sambil mencapai tuala di atas lantai. Apakah maksud frasa kerja mencapai tuala dan maksud ayat ini? Terima kasih.Mencapai bermaksud memegang atau mengambil, mengambil tuala.Tatabahasa09.03.2015
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil.Ali sudah mengambil barang itu semalam.

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa03.11.2015
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih.Salam sejahtera,

Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama.

Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
Apakah perbezaan antara pungut, kutip dan ambil dalam konteks pengambilan bungkusan? Saya lihat istilah pick-up diberikan makna kutip/kutipan oleh PRPM tetapi kutip itu bukankah bermaksud terlihat lalu mengambil ataupun mengambil wang daripada suatu pihak? Begitu juga dengan pungut, bukankah maksud pungut ialah mengumpulkan sesuatu atau mengambil sesuatu yang tiada pemilik? Mohon pencerahan.

Berikut adalah makna perkataan-perkataan tersebut yang boleh dirujuk kepada konteks istilah “pick-up”. (Rujukan KAMUS DEWAN PERDANA)

 Pungut -mengambil atau mengutip (sesuatu) yang ada di bawah seperti di lantai atau di tanah kerana jatuh dan lain-lain.

 Kutip - mengambil (sesuatu), satu demi satu dengan tangan atau alat khas.

 Ambil - memegang dan mengangkat (sesuatu atau seseorang) lalu dibawa, diangkut, disimpan dan sebagainya.

 Kutipan - Hasil daripada mengutip sesuatu.

Lain-lain02.06.2022
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap?Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang.Tatabahasa24.03.2012
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya.Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya.Tatabahasa13.04.2012
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A)Mengambil barang itu semalam Ali sudah.Ayat songsang yang betul ialah "Sudah mengambil barang itu Ali semalam atau Sudah mengambil barang itu semalam Ali."  Tatabahasa02.11.2015
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan.Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
Tatabahasa25.07.2018
Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah.Tatabahasa11.05.2009
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan.
Tatabahasa20.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas