Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : turut serta, menyertai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : turut menyertai sesuatu perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil bahagian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah.Tatabahasa11.05.2009
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif?Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'.  Perkataan meningkah intransitif dan perkataan   menyampuk ialah kata kerja transitif.  Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Tatabahasa28.04.2009
Anak saya berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita yang dianjurkan oleh DBP. Saya ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan ini iaitu masa pertandingan diadakan, cara untuk berdaftar, jenis cerita, panjang cerita dan maklumat yang lain. Tolong emelkan jawapan bagi saya. Terima kasih.Sebarang pertandingan anjuran Dewan Bahasa lazimnya akan diuar-uarkan dalam laman web kami dan majalah terbitan DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain06.04.2012
Sy ingin tahun cara utk mengambil bahagian dlm Festival Bahasa dan Sastera. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Untuk makluman, maklumat berkaitan aktiviti Festival Bahasa dan Sastera boleh diperoleh daripada:

Facebook Festival bahasa dan Sastera 2020
atau layari laman web DBP dan muat turun borang penyertaan tersebut seperti lampiran.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain02.03.2020
Betulkah penggunaan peribahasa di bawah? 1. Setiap atlit yang mengambil bahagian telah berlari"menjangkau sehabis tangan" untuk memperoleh kemenangan. Betulkah penggunaan ayat di bawah? 1. Temasya sukan ini merupakan antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai slogan "1 murid 1 sukan" yang telah diuar-uarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia.Mohon beri penjelasan.Selamat pagi:

1. Menjangkau sehabis tangan menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. Oleh itu, ayat tersebut boleh digunakan
2. Ayat kedua betul tetapi perlu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.10.2016
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah.Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut.Makna02.12.2008
Salam, saya ingin bertanya adalah istilah Bahasa Inggeris "participating outlets" boleh diterjemah kepada "outlet berkenaan"?Untuk makluman padanan bahasa Melayu untuk "outlet" bergantung pada konteks penggunaan. "Outlet" boleh merujuk kepada peruncit, cawangan, saluran keluar, restoran dan sebagainya. Oleh itu, "participating outlets" boleh diterjemahkan kepada restoran yang mengambil bahagian, cawangan yang mengambil bahagian dan sebagainya.Istilah13.10.2016
Tuan/Pun, Mohon nasihat pihak puan/tuan mengenai gantinama yang sesuai dalam ayat di bawah bagi "they". Source: Therefore, if your child is pregnant or breastfeeding, they cannot take part in this study. Target: Oleh itu, jika anak anda hamil atau sedang menyusukan bayi dengan susu badan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Bolehkah kita menggantikan "dia" kepada "mereka" dalam ayat di atas walaupun hanya seorang anak sahaja yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih.

Gunakan ganti diri dia untuk merujuk kepada seorang peserta kajian.

Makna24.07.2021
salam...tahun lepas saya ada hantar manuskrip untuk peraduan penulisan ilmiah,,,saya hanya ingin tahu,,adakah keputusan telah keluar?

Assalamualaikum,

                           Terima kasih kerana saudara telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009. Untuk makluman saudara, sehingga kini Urus Setia yang menangani pertandingan ini sedang menguruskan proses penilaian awal bahan yang diterima, kemudian akan mengemukakannya pula kepada Panel Pakar Penilai yang dilantik untuk dibuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Harap bersabar, Urus Setia akan memaklumkan keputusan ini kepada saudara dalam tahun ini juga.

Semoga saya menjawab pertanyaan saudara ini. Terima kasih  

   

Lain-lain06.02.2010
Kemurungan telah menjadi penyebab keempat utama bunuh diri di Malaysia dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, dan status sosio-ekonomi. Prevalens kemurungan di Malaysia adalah 12.2% pada 2018. Pada masa kini, kemurungan telah menjadi salah satu isu yang selalu dikaitkan dengan kehamilan. Wanita sangat berisiko disebabkan perubahan hormon semasa mengandung, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti harian, kekurangan sokongan sosial adalah isu utama bagi wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan, yang boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin bahkan meningkatan risiko untuk mengalami kemurungan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens gejala kemurungan dalam kalangan wanita hamil di Terengganu serta faktor yang berkaitan dengannya. Persampelan pelbagai peringkat digunakan dalam kajian keratan rentas dua fasa ini yang melibatkan 33 orang wanita hamil bagi kajian fasa satu manakala 389 orang hamil bagi kajian fasa dua. Kesemua wanita hamil berada pada trimester kedua dan ketiga, berusia antara 18 - 46 tahun telah dipilih secara rawak dari 12 klinik kesihatan di Terengganu. Pengukuran antropometrik merangkumi berat semasa, berat pra-kehamilan serta tinggi, manakala bagi analisis komposisi tubuh dinilai menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik.

Mohon tuan/puan untuk memberikan soalan yang lebih jelas agar memudahkan pihak kami untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat.

Lain-lain20.08.2021
12345678910

Kembali ke atas