Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil berat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya.Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya.Tatabahasa13.04.2012
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan.
Tatabahasa20.12.2016
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya: 1. Ibu mengambil berat terhadap pembelajaran adikku. 2. Ibu mengambil berat kepada pembelajaran adikku. 3. Ibu mengambil berat pembelajaran adikku. Yang manakah ayat adalah betul? Bolehkah tuan / puan memberikan penjelasan tentang penggunaan kata sendi nama tersebut. Terima kasih atas bantuan.Ayat yang betul ialah “Ibu mengambil berat terhadap pembelajaran adikku”. Kata sendi “terhadap” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda abstrak.Tatabahasa15.09.2022
Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul?Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya.Tatabahasa13.02.2012
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVENMaklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'.Tatabahasa22.07.2011
Dalam nilai murni, apakah perbezaan antara prihatin dengan mengambil berat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara 2. (Jawa) ber­dukacita atau kecewa yang amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yang amat sangat 3. berusaha (berikhtiar) dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat se­suatu yang dicita-citakan. Mengambil berat bermaksud memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang). Untuk makluman, DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan antara kedua-dau perkataan ini dalam nilai murni.Makna09.02.2014
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat? Terima kasihFrasa "melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat" betul dan boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang bersesuaian.Lain-lain29.07.2022
Salam sejaterah. Mohon pencerahan DBP. Ibu mengambil berat tentang@ terharap pelajaran saya. Tentang atau terhadap betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah :Ibu mengambil berat tentang pelajaran saya. Kata sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.Tatabahasa15.10.2014
1. Zakry sering mengambil berat akan / terhadap / tentang Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai. Yang manakah betul? 2. Sebagai contoh atau Sebagai contohnya? 3. Adakah perkataan Contohnya boleh digunakan untuk memulakan ayat?Salam sejahtera,

1. Zakry sering mengambil berat terhadap Basirah walaupun pengorbannya tidak dihargai. - ayat yang tepat.
2. Sebagai contoh yang betul.
3. Permulaan ayat dengan menggunakan perkataan Contohnya tidak menjadi masalah dan boleh digunakan.

Sekian.

Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau www.prpm.dbp.gov.my
Tatabahasa22.02.2020
1234

Kembali ke atas