Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil berat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caringpenyayangPerubatanTiadaSifat menghormati, mengambil berat, menyayangi dan peka terhadap keperluan individu sesama individu.
new ageismageisme baruGerontologiTiadaKecenderungan untuk mengambil berat terhadap golongan tua secara berlebihan.
paternalkebapaanSejarahTiada1. Sifat kebapaan atau keayahan yang mengambil berat terhadap sesuatu dengan penuh ketelitian.,2. Berkaitan dengan atau dari sebelah pihak ayah atau bapa.
esprit de corpsesprit de corpsSejarahTiadaPerasaan bersatu hati dan berpadu, mengambil berat di antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal dan emosi dalam sesebuah kumpulan atau masyarakat untuk mencapai tujuan yang sama.
hypochondriasishipokondriasisPsikologiPsikologi UmumBentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut.
bulk densityketumpatan pukalFarmasiFarmaseutikCiri sesuatu serbuk yang ditakrif berdasarkan jisim serbuk yang mengisi suatu isi padu yang telah diketahui. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu serbuk yang tidak ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet.
paternalistic authorianismsikap wibawa paternalisSejarahTiadaFaham autoritarian yang bersifat kebapaan atau keayahan yang mempercayai bahawa kekuasaan atau kewibawaan pemerintah haruslah mempunyai ciri-ciri kepemimpinan sebagai ketua keluarga atau ayah yang mengambil berat semua isi keluarga atau rakyat sesebuah negara.
international peace and securitykeamanan dan keselamatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjektif atau matlamat utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Bagi mencapai objektif ini, PBB mengambil dua pendekatan, iaitu langkah kolektif yang berkesan dan penyelesaian pertikaian secara aman. Walau bagaimanapun, PBB hanya mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan antarabangsa sahaja tetapi sebaliknya tidak mengambil berat kekacauan yang berlaku dalam negeri, sehinggalah kekacauan ini menjejaskan keamanan antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh tindakan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang sering menyalahgunakan kuasa veto yang diberi dan menyebabkan objektif keamanan dan keselamatan antarabangsa ini gagal dicapai sepenuhnya. Lihat juga Majlis Keselamatan.
statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganSeorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia.
tapped densityketumpatan tertepukFarmasiTiadaNilai yang didapati apabila satu isi padu serbuk yang diketahui beratnya ditepuk berulang kali. Serbuk dimasukkan ke dalam silinder penyukat dan nilai isi padu sesudah ditepuk diambil. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu sesudah ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet.
12

Kembali ke atas