Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.pun.kan] | مڠمڤونکن

Definisi : memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.pun.kan] | مڠمڤونکن

Definisi : menghilangkan kesalahan atau dosa seseorang; memaafkan: Oh, Tuhan! Ampunkanlah dosaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengampunkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan: ampuni vs ampunkan, mengampuni vs mengampunkan, dari sudut penerima dan objek dsb. Terima kasihSoalan kurang difahami. Mohon pihak tuan mengemukakan contoh soalan berserta penggunaan ayat bagi memudahkan pihak kami menjawab soalan tersebut.Lain-lain13.08.2023
Salam tuan, Adakah pengampunan dan keampunan itu sama? Yang mana satu yang menunjukkan sesuatu pengharapan agar kesalahannya diampunkan atau dimaafkan? Terima kasih.
Menurut data kami, pengampunan bermaksud perbuatan (hal dan sebagainya) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah pengampunan
Makna19.08.2016

Kembali ke atas