Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impregnateisi tepu; impregnatPerubatanTiadaMenjadikan seseorang mengandung atau sesuatu bahan mengandung bahan yang ditambahkan.
secondary infertilitykemandulan sekunderKejururawatanTiadaKeadaan wanita berkahwin dalam umur subur yang pernah mengandung tetapi tidak mengandung selepas lima tahun kehamilan yang lalu walaupun tidak mengamalkan perancang keluarga.
ذات الحملperempuan mengandungAgama IslamFiqhPerempuan yang sedang mengandung.
hydridehidridaKimiaTiada1. Garam yang mengandung ion H-,2. Sebatian yang mengandung hidrogen.
heterokaryonheterokarionPerubatanTiadaSel atau hifa yang mengandung dua atau lebih nukleus, yang mengandung juzuk genetik yang berlainan.
organometallic compoundsebatian organologamGeologiTiada2. Molekul yang mengandung rangkaian karbon-logam; sebatian yang mengandung radikal alkil atau aril yang terikat pada logam.
bicarbonatebikarbonatPerubatanTiada1. Garam asid karbonik yang mengandung ion HCO3- 2. Terdiri daripada, mengandung atau berkaitan dengan ion HCO3-.
bicarbonatebikarbonatKimiaTiada1. Garam asid karbonik yang mengandung ion HCO3- 2. Terdiri daripada, mengandung atau berkaitan dengan ion HCO3-.
calaminekalaminKimiaTiada2.Zink silikat terhidrat yang mengandung 67.5% zink oksida,3. Zink oksida yang mengandung kuantiti ferik oksida yang kecil.
pseudocyesispseudosiesisPerubatanPsikiatriGejala klinikal atau subklinikal yang berkaitan dengan mengandung, tetapi hakikatnya individu tersebut tidak mengandung.
12345678910...

Kembali ke atas