Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganyam

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menakadmenakadKesenianTiadaTeknik menganyam tegak menggunakan teknik angkat dua tekan dua.
menghamadmenghamadKesenianTiadaTeknik menganyam spiral menaik menggunakan teknik angkat dua, dan tekan dua.
turunturunKesenianTiadaTeknik menganyam dengan menekan helaian atau bilahan satu, dua, tiga atau empat untuk mewujudkan mata anyam, kelarai atau motif.
tekantekanKesenianTiadaTeknik menganyam dengan menekan helaian atau bilahan suatu, dua, tiga, atau empat untuk mewujudkan mata anyam, kelarai atau motif.
angkatangkatKesenianTiadaTeknik menganyam dengan mengangkat helai atau bilah anyaman satu, dua, tiga atau empat untuk mewujudkan mata anyaman kelarai atau motif.
plashinganyaman kayuKejuruteraanTiadaMenganyam kayu untuk membuat gabion.
anyamananyamanKesenianTiadaHasil kerja menganyam untuk dijadikan bakul, tikar dan lain-lain.
braidinganyam tocangKesenianTiadaProses menganyam pita brid dengan menyilangkan tiga atau lebih yarn selari secara menyerong ke atas dan ke bawah.
laganglagangKesenianTiadaProses memulakan kerja menganyam mengkuang, pandan, buluh atau rotan
lepihlepihKesenianTiadaTeknik melipatkan dan menganyam tepi anyaman untuk mematikannya.
123

Kembali ke atas