Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : sebab apa, apa fasal; apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengapa

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Tahu gadung itu mabuk,
     mengapa diratah-ratah?

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
Salam sejahtera. Tuan/Puan, adakah terdapat perbezaan antara "kenapa" dengan "mengapa"? Terima kasih."Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan.Tatabahasa20.03.2014
soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-)Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.Tatabahasa09.02.2010
Mengapa menggunakan perkataan "pertama" bukannya "kesatu" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pertama ialah kesatu, julung kali, terdahulu sekali, terutama atau terpenting. Untuk makluman tuan, kata bilangan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, contoh: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dengan angka, contoh: 2, 30, 49). Kata ordinal "kesatu" boleh bertukar ganti dengan "pertama" yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit.Istilah17.02.2024
Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat?Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. Tatabahasa05.11.2023
Mengapa "berterabur" atau "terabur" tiada dalam kamus walaupun penggunaannya meluas? Apakah padanan untuknya jika ia memang tak wujud?Sila rujuk kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Kata terabur dan kata terbitannya terakam dalam kamus ini pada halaman 2335.Makna17.10.2023
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
Mengapa kata RAHMAH tidak terdapat dalam tesaurus DBP? Adakah ini bermakna kata RAHMAH sinonim dengan kata RAHMAT? Mohon pencerahan

"Rahmah" dan "Rahmat" berasal daripada bahasa Arab, iaitu رحم dan kamus DBP merekodkan perkataan rahmat sahaja. Oleh itu, "Rahmah" bersinonim dengan "Rahmat".

Lain-lain23.02.2023
Mengapa sistem data PRPM tidak dikemas kini secara berterusan? Terdapat banyak percanggahan terutamanya istilah terjemahan dari bahasa Inggeris. Sebagai contoh istilah 'headphone' dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah fonkepala (dieja rapat) manakala dalam Kamus Dewan Perdana ialah fon kepala (dieja jarak). Jika dirujuk pada Khidmat Nasihat pula masih terdapat jawapan 'fonkepala' dari tahun 2009. (Sila rujuk lampiran) Begitu juga dengan istilah 'update'. Jadi kamus yang mana perlu saya rujuk jika laman PRPM sendiri memberikan jawapan yang bercanggah?Ejaan yang betul ialah "fon kepala" dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "update" ialah "kemas kini" Sila rujuk kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: hlm. 603 dan 1035) "Fon kepala" dan "kemas kini" dieja dua perkataan. Ejaan20.03.2023
Mengapa penguatkuasaan dieja rapat sedangkan kuat kuasa dieja secara jarak?Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran, kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan, penguatkuasaan dan pengemaskinian.Tatabahasa19.11.2022
12345678910...

Kembali ke atas