Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngaum] | مڠاءوم

Definisi : berbunyi menderam (bkn hari­mau, singa): kambing mengembek, harimau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngaum] | مڠاءوم

Definisi : mengeluarkan bunyi aum (ttg harimau atau singa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaum

Puisi
 

Ada rumah tidak berpintu,
     Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
     Mengaum saja tidak menangkap.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika harimau mengaum, kambing mengembek, Burung hantu bagaiman pula? terima kasih

Sila dapatkan jawapan anda dalam sistem carian laman dbp.gov.my

Sekian Terima kasih.

Lain-lain28.05.2010
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam puan,

Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek.

Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas.
Tatabahasa25.01.2018
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIHSenarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek.Lain-lain26.11.2012
Boleh jelaskan konsep penggunaan imbuhan me.., me...kan dan imbuhan me...iImbuhan meN-... menghasilkan kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada kata kerja yang terbentuk itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif, seperti membaca buku dan harimau mengaum. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 159. Apitan meN-...-i lazimnya diikuti dengan objek yang bernyawa, seperti Ali memberi kucing makan, manakala apitan meN-...-kan lazimnya diikuti dengan objek yang tak bernyawa, seperti Ali memberikan makanan kepada kucing. Untuk maklumat lanjut rujuk halaman 204 - 207.Tatabahasa28.06.2012
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan.Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami.  Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan  dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN-  (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan  dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang.  Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan  menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya:  Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223.

Tatabahasa18.05.2011

Kembali ke atas