Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.yun] | مڠايون

Definisi : 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.yun] | مڠايون

Definisi : 1 = berayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengayun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yg manakah penggunaan kata kerja berikut paling tepat? 1. Budak bermain buaian di taman rekreasi. 2. Budak mengayun buaian di taman rekreasi. 3. Budak mengayunkan buaian di taman rekreasi. Terima kasihKetiga-tiga kata kerja tersebut tepat dan boleh digunakan. Kata kerja bermain dan mengayunkan memerlukan objek selepasnya. Tatabahasa12.01.2021
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Apakah maksud hayunan?

Perkataan 'hayunan' tidak wujud dalam bahasa Melayu. Mungkin berlaku kesilapan mengeja perkataan tersebut dan mungkin juga saudari keliru antara 'hayunan' dengan 'ayunan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ayunan bermaksud buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi), 2. gerakan berbuai, buaian jam. 3. gerakan mengayun (tangan dll), 4. penghumban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna08.09.2008

Kembali ke atas