Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.la.mun] | مڠلامون

Definisi : termenung sambil mengangan-angankan (mengingat-ingatkan, mengenang-ngenangkan) sesuatu, berkhayal, melamun: kedua-duanya sedang duduk ~; cikgu Amit asyik ~ di atas tangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.la.mun] | مڠلامون

Definisi : sedang memikirkan sesuatu; melamun; berangan-angan; termenung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamun
Kata Terbitan : mengelamun, pengelamunan, pengelamun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara ayat tunggal dan ayat aktif?

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat “Ali berjalan kaki”, “Ali” ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala “berjalan kaki” pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Selain itu, salah satu daripada ragam ayat tunggal dalam bahasa Melayu ialah ayat aktif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti berikut:

i. Ali menendang bola. (aktif transitif)

ii. Dia mengelamun sepanjang hari. (aktif tak transitif)

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463 hingga 488.

Tatabahasa10.12.2023

Kembali ke atas