Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon untuk mendapat kepastian, adakah benar perkataan 'mlayu' bukannya kaum melayu, mempunyai definisi lari/ mengembara sepertimana mengikut terjemahan google? Mungkin perkataan ini boleh disalah erti kerana mempunyai persamaan dengan 'melayu' untuk digunakan dalam penulisan, tetapi bolehkah digunakan dalam percakapan harian? Terima kasih.Untuk makluman, Kamus Dewan Edisi Ke-4 memberi definisi Melayu sebagai:

1. Nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya.
2. Nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu.

Sehubungan dengan itu, pihak kami hanya merujuk definisi tersebut  untuk tujuan rasmi, termasuk dalam penulisan. Berkenaan maksud yang terdapat dalam google dan juga percakapan harian, itu di luar kawalan pihak kami.
Makna19.12.2015
Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih.1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh.
2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. 
Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. 
Tatabahasa02.02.2022
Mohon pihak DBP tolong jelaskan kata jerubu atau jerebu untuk pedoman pengguna bahasa. Terima kasih atas sumbangan DBP dalam isu bahasa selama ini, tahniah DBP.Terima kasih Tuan Mat Nasir. Jadikanlah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Jerebu dan jerubu ada di sana. Selamat mengembara laman tersebut kerana banyak manfaatnya bukan sekadar mencari makna.Lain-lain04.03.2014
Di dalam Arkib Soalan didapati ayat " Saya melawat ke Zoo Negara "adalah betul. Tetapi mengikut kefahaman saya kata "melawat" ialah kata kerja transitif yang mesti disertai objek, bukannya kata sendi nama "ke". Kenapa "melawat ke Zoo Negara" dikatakan betul. Sila beri penjelasan
Saya melawat ke Zoo Negara adalah betul. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Contohnya dalam ayat berikut;
Ahmad mengembara ke Afrika bukannya Ahmad mengembara Afrika. Terdapat juga contoh yang tidak memerlukan kata sendi ke, "Zailan melawat saudaranya".

Bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa.
Tatabahasa07.03.2013
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
Mohd Suhairi Ahmad Sep 4th, 10:46am Boleh tak cadangkan istilah-istilah matematik dengan betul. Contohnya isipadu atau isi padu yg betul?Terima kasih kepada Tuan Mohd Suhairi Ahmad. Jika dilihat pada bahan gambar yang diletakkan pada ruangan foto di dinding facebook, pasti tuan terjumpa panduan yang diberikan dari semasa ke semasa (disertakan gambar Lembar Bahasa). Rajin-rajin juga mengembara perkhidmatan yang disediakan DBP secara percuma pada url berikut http://prpm.dbp.gov.my Moga ia membantu. Terima kasih.Ejaan04.09.2014
Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatianDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih.Lain-lain03.06.2014
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia.Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri.Lain-lain20.01.2014

Kembali ke atas