Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGEMBARA BERJALAN KAKI

Mengembara berjalan kaki ialah senaman

yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir

semua lapisan masyarakat daripada pelbagai

peringkat umur menggemari sukan ini yang

dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan

kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun

hingga beberapa minggu. Ramai pengembara

yang berpengalaman mendapat kepuasan jika

pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba,

di taman negara atau di hutan. Namun begitu,

ramai orang lebih suka mengembara di kawasan

taman yang berdekatan dengan tempat tinggal

mereka, malahan juga di kaki lima.

UMUM 
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA

Tereshkova, Valentina Vladimirovna ,

(1937– ) ialah angkasawan wanita Soviet yang

pertama mengembara ke angkasa lepas.

Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi

dalam penerbangan yang memakan masa selama

70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963

dengan kapal angkasa lepas Vostok VI .

UMUM 
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM 
PYRRHO DARI ELIS

Pyrrho dari Elis (361? S.M.–270? S.M.) ialah

pengasas skeptisisme, iaitu gerakan falsafah

Yunani purba. Dia banyak mengembara dan

mengetahui pelbagai sudut pandangan falsafah,

yang setiap satu mengakui kebenaran masing-

masing.

UMUM 
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YA’QUBIY, AHMAD IBN ISHAQ AL

Ya’qubiy, Ahmad ibn Ishaq al- (? –292 H/? –904

M), ahli sejarah geografi yang banyak

mengembara. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn

Ishaq ibn Ja’far ibn Wahab ibn Wadih al-Ya’qubiy,

salah seorang penduduk Baghdad. Keluarganya

telah berkhidmat sebagai setiausaha pejabat-pejabat

pentadbiran kerajaan Abbasiyyah.

UMUM 
THOMSON, JAMES

Thomson, James (1700–1748) ialah penyair

Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an

sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun

1725, Thomson mengembara dari Scotland ke

London. Di London, dia menerbitkan maha karya,

The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746).

Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu

tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi

sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang

jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam

rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini

membawa kepada gerakan romantik pada akhir

tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah

daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan

tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan

The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan

berdasarkan karya Edmund Spenser.

UMUM 
PHAËTHON

Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera

Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut.

Untuk mengetahui sama ada Helios adalah

bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke

istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk

menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan

menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon,

secara terburu-buru, meminta untuk memandu

rata matahari merentasi langit untuk satu hari.

Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya,

tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak

berupaya mengawal kuda berapi yang menarik

rata tersebut.

UMUM 
NICOLET, JEAN

Nicolet, Jean (1598–1642) ialah penjelajah awal

Perancis di Amerika. Ahli sejarah percaya bahawa dia

merupakan orang Eropah yang pertama yang

memudiki Tasik Michigan dan mengembara di

wilayah yang kini dikenali sebagai negeri Wisconsin.

Tidak banyak yang diketahui tentang penjelajahannya

sehingga pada pertengahan tahun 1800-an apabila

catatan perjalanannya di bahagian barat ditemui

dalam Jesuit Relations.

UMUM 
YEATS, JOHN BUTLER

Yeats, John Butler (1839–1922) ialah pelukis,

penulis, dan pemidato Ireland. Dia ialah bapa

kepada Jack Butler Yeats dan William Butler Yeats.

Dia mengembara ke London sebanyak dua kali

untuk mencuba nasibnya sebagai pelukis. Dia

mendapat sedikit kejayaan sebagai pelukis potret

tetapi tidak pernah digemari ramai.

UMUM 
1234

Kembali ke atas