Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.ra] | مڠمبارا

Definisi : pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adventurerpengembaraKesusasteraanTiada1. Perihal mengembara iaitu cerita-cerita yang mengisahkan pengembaraan seorang putera raja.
drifterpengembaraPelanconganTiadaPelancong yang mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa tujuan.
hitchhikerpengembara tumpangPelanconganTiadaIndividu yang mengembara dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi tertentu.
wanderlustgemar merantauPelanconganTiadaKeinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu.
wanderlust tourismpelancongan gemar merantauPelanconganTiadaPelancongan yang bercirikan keinginan untuk mengembara, tanpa had masa dan destinasi yang dituju.
community spreadperebakan komunitiKesihatan AwamTiadaPenyebaran penyakit berjangkit dalam satu komuniti yang tiada hubungan yang diketahui dengan individu yang dijangkiti atau baru mengembara ke satu kawasan yang mempunyai penyakit kes-kes yang didokumenkan.
oceanographyoseanografiPerikananTiadaIlmu tentang alam lautan yang merangkumi aspek fizikal, kimia, biologi, geologi, atmosfera dan ekosistemnya. Ilmu ini telah bermula sejak manusia mula mengembara di lautan dan membantu pelaut mencari arah serta melayari kapal. Dalam aspek ekosistem, ilmu ini memerihalkan cara hidupan marin berfungsi dalam kitaran bahan nutrien. Dalam aspek fizikal pula, ia merangkumi segala proses fizikal yang berlaku di lautan dan atmosfera, termasuk pergerakan dasar laut dan ilmu yang berkaitan dengan dasar laut (geologi), arus lautan, cahaya dan saling kaitan antara semua aspek.
kinematic similaritykeserupaan kinematikKejuruteraanTiadaKeadaan apabila analisis dimensi model pelabuhan atau prototaip memberikan kadar aliran yang betul dari segi skala masa bagi objek yang mengembara di atas trek yang serupa secara geometri.

Kembali ke atas