Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengetahui ser­ta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARINGAN ERATOSTHENES

Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang

dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes

untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor

perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya

boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan

dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer

elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti

nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama

dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes.

UMUM 
PENGHITUNG GEIGERAlat untuk mengukur dan mengenal pasti bahan radioaktif.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
MAKMAL POLIS

Makmal polis ialah makmal tempat pakar

menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti

yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau

pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki

mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru

yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola

kesan darah berhampiran mayat boleh

menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.

Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,

cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis

yang besar menyelenggara makmal sendiri.

UMUM 
DOMAGK, GERHAND

Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor

Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan

daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis

dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini

boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria

ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas

termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap.

UMUM 
STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah mengumpul dan

menganalisis maklumat. Kaedah statistik membantu

manusia mengenal pasti, mengkaji, dan

menyelesaikan banyak masalah. Kaedah ini

membolehkan manusia membuat keputusan yang

baik apabila berdepan dengan situasi yang tidak

menentu.

UMUM 
SMITH, WILLIAM

Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi

dan jurutera British yang menemui cara untuk

mengenal pasti pembentukan batuan daripada

fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi

England dan Wales yang pertama. Smith lahir di

Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri

ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja

sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera

terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil,

mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia.

Dia menerbitkan Geological Map of England and

Wales, with part of Scotland pada tahun 1815.

UMUM 
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
PAKAIAN SERAGAM

Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang

boleh digunakan untuk mengenal pasti

pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan

ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang

tertentu.

UMUM 
SPEKTROMETER

Spektrometer ialah alat yang menyebarkan

cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya

untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan

mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu

tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi

setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti

sesuatu bahan atau menentukan komposisi

kimianya dengan menganalisis spektrumnya.

UMUM 
SISTEM KETURUNAN NASAB IBU

SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan.  Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu.  Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama.  Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas