Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.mit] | مڠݢاميت

Definisi : 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.mit] | مڠݢاميت

Definisi : memberikan isyarat dgn menggerak-gerakkan jari ke atas dan ke bawah: Ani ~ saya ke tempatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggamit

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. A) Pulau ini mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. B) ...menggamit perasaan... {SOALAN 1} Bolehkah perkataan 'menggamit' digunakan dalam ayat (A)? Apakah maksudnya dalam konteks ayat ini? {SOALAN 2} Apakah bolehkah menggamit digunakan dalam frasa (B)? Apakah fungsi dan maksudnya yang tersirat, terutamanya dari segi KEPUITISANNYA?Perkataan "menggamit" boleh digunakan dalam ayat A  dan B.  Kata  "menggamit" pengunjung bermaksud menimbulkan minat dan keinginan orang ramai untuk datang dan menikmati keindahan pulau tersebut. Manakala "menggamit" perasaan  ialah menimbulkan/ memberi kesan  perasaan kepada seseorang  terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang dialami. 
 
Tatabahasa15.10.2020
Tuan, Ayat dalam petikan. Keistimewaan pulau ini ialah terumbu karang yang terbesar di Asia yang mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. Soalannya: Perkataan menggamit dalam petikan bermaksud ? A. memanggil B. memerhati C. menarik D. mencuit Yang manakah jawapannya?Menggamit sama maksudnya dengan mencuit, layari menggamit">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menggamit.Tatabahasa26.06.2012
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan.

Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tatabahasa25.03.2013

Kembali ke atas