Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ru.tu] | مڠݢروتو

Definisi : bersungut-sungut, mencomel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ru.tu] | مڠݢروتو

Definisi : kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; ®kerutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ru.tu] | مڠݢروتو

Definisi : 1 tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2 banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerutu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CatfacingMenggerutuPertanianAgronomi

Berkaitan dengan keadaan buah-buahan yang kulitnya cacat dan kelihatan berbintil-bintil, luka atau berparut dan kasar. Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan ini termasuk kecederaan akibat serangan serangga perosak, pendebungaan yang tidak sempurna serta suhu yang rendah.

catfacing (of fruit)menggerutu (buah)PertanianTiadaTiada
pitted surfacepermukaan menggerutuKesenianTiadaSifat sesuatu permukaan yang berlubang-lubang atau berlekuk-lekuk.
alligatoringpenggerutuanKesenianTiadaProses menghasilkan permukaannya yang menggerutu seperti kulit buaya.
crepe paperkertas bungaPentadbiran PerniagaanTiadaKertas nipis yang menggerutu dan berkerutan.
exposed aggregate concretekonkrit agregat dedahLandskapTiadaKonkrit yang permukaannya dibuat menggerutu dengan kerikil sungai yang separuh timbul.
rugose mosaicmozek gerutuBiologiPatologiMozek pada tembakau yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini ialah mengulungnya daun muda yang nampak hijau tua dengan permukaan yang menggerutu dan tebal.
Ficus aurantiacaAkar tengkuk biawakPertanianTiadaTumbuhan jenis memanjat dalam famili Moraceae yang ini biasanya tumbuh melilit di batang pokok besar. Daunnya lebar dan hanya terdapat di bahagian hujung batang. Batangnya mempunyai stuktur menggerutu seperti kulit biawak. Sistem akarnya yang berongga mengandungi air yang boleh diminum dan digunakan sebagai ubat. Air batangnya diminum mentah untuk mengubati deman, cirit-birit dan membuang angin dalam badan.
Ficus aurantiacaakar tengkuk biawakHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis memanjat dalam famili Moraceae yang biasanya tumbuh melilit pada batang pokok besar. Daunnya lebar dan hanya terdapat di bahagian hujung batang. Batangnya mempunyai struktur menggerutu seperti kulit biawak. Sistem akarnya yang berongga mengandungi air yang boleh diminum dan digunakan sebagai ubat. Air batangnya diminum mentah untuk mengubati demam, cirit-birit dan untuk membuang angin dalam badan.
sour corrosionkakisan masamKejuruteraanPetroleumSinonim: kakisan hidrogen sulfida. Kakisan terhadap logam yang diakibatkan oleh persentuhan logam berkenaan dengan hidrogen sulfida atau dengan sebatian-sebatian sulfur yang lain. merupakan kakisan yang ganas, dan logam yang mengalaminya akan berlubang-lubang kecil, menggerutu dan retak akibat kelesuan atau kegagalan yang teruk.
12

Kembali ke atas