Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul?Tuan,

Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul.
Tatabahasa15.04.2019
Panduan pelaksanaan pdpr menggunakan routine tools atau panduan pelaksanaan pdpr dengan menggunakan routine tools sekiranya hendak menggunakan tajuk ini "Panduan komprehensif penggunaan routine tools", kalau nak masukkan juga perkataan pdpr, apakah bentuk ayat yang lebih sesuai? Terima kasihAyat yang betul:
1. Panduan pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutin.
2. Panduan komprehensif konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutn.
Tatabahasa24.06.2021
Ali tangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera Ali merakam gambar ibunya dengan meggunakan kamera Ali mengambik gambar ibunya dengan menggunakan kamera Yang mana betul? Tangkap, rakam, atau ambil?Frasa yang selalu digunakan ialah menangkap gambar atau mengambil gambar. Jika hendak menggunakan frasa merakam gambar, frasa yang tepat ialah merakamkan gambar. Namun demikian, perkataan merakamkan lebih sesuai digunakan untuk frasa merakamkan video. Perkataan merakamkan lebih sesuai untuk video kerana video biasanya mempunyai bunyi dan gambar. 
Oleh itu, ayat yang betul ialah Ali menangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera, Ali mengambil gambar ibunya dengan menggunakan kamera. 

Lain-lain02.11.2020
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?)Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa30.07.2021
Adakah bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan bentuk ayat verbal? Kerana berdasarkan pemerhatian saya, semua ayat bahasa Inggeris dan Melayu hanya menggunakan ayat nominal. Hanya bahasa Arab menggunakan kedua-dua model ayatBerdasarkan buku Tatabahasa Dewan, tiada bentuk ayat verbal dan ayat nominal digunakan dalam bahasa Melayu. Tatabahasa11.02.2021
Saya ada satu soalan tentang penggunaan perkataan. Bilakah kita boleh menggunakan perkataan “ heterogen”, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “pelbagai”? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh? Bolehkah saya menggunakan “heterogen kaum”, atau “heterogen orang”, “heterogen masyarakat” ? Terima kasih.Makna bagi kata heterogen ialah:

heterogen kata adjektif
1 (berkenaan bandar, penduduk dan sebagainya) berjenis-jenis yang berbeza sifatnya.
Contoh penggunaan
Bandar yang bersifat kosmopolitan dan heterogen merupakan ciri-ciri penting dalam kekuatan pertumbuhan budaya.

2 Kimia
berkaitan dengan proses yang melibatkan bahan dalam fasa yang berbeza.
Contoh penggunaan
pemangkinan heterogen;

keheterogenan kata nama
hal atau sifat heterogen:
contoh penggunaan
Keheterogenan masyarakat dapat dilihat dari segi tingkat pendidikan, ekonomi dan budaya.

Untuk maklumat lanjut tentang kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna02.12.2023
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara dua ayat berikut, yang manakah yang lebih tepat: Permohonan menggunakan fasiliti, atau Permohonon untuk menggunakan fasiliti?Ayat yang betul ialah "Permohonon untuk menggunakan kemudahan?"Tatabahasa30.01.2023
Apakah cara pelafalan 'tebante' (Glosari Dialek Pahang)? Adakah menggunakan e taling atau pepet bagi kedua - dua e?Huruf “e” pertama menggunakan e pepet, manakala huruf “e” kedua menggunakan e taling.Tatabahasa23.06.2018
Salam sejahtera. Adakah perkataan video di bawah ini betul? Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan video. Atau pun lebih sesuai ialah... Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan alat video. Terima kasih.Video:  alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);

Tidak perlu menambah perkataan "alat" untuk video kerana makna video itu sendiri merupakan satu alat.
Tatabahasa02.01.2020
Boleh atau tidak saya menggunakan perkataan "SINCE 1981" di semua iklan syarikat bukan "SEJAK 1981" kerana perkataan berkenaan tidak di daftarkan atau di trademark kan kerana itu adalah perkataan umum, tapi kami menggunakan sebagai logo rasmi syarikatUntuk makluman tuan/puan, syarat permohonan pengesahan papan iklan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul secara bersendiri atau bersama-sama dengan bahasa lain. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan masih ingin menggunakan bahasa Inggeris pada logo, perlulah daftarkan keseluruhan logo termasuk frasa "SINCE" sebagai tanda dagang (TM).Lain-lain15.12.2023
12345678910...

Kembali ke atas