Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELEMBING IKAN

Melembing ikan ialah sukan memburu ikan

dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk,

atau menggunakan senapang yang melancarkan

lembing. Penggemar melembing ikan memburu

ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh

dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan.

Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah

melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan

penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut.

UMUM 
MONYET LABAH-LABAH

Monyet labah-labah ialah monyet besar yang

terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai

anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan

menggunakan ekornya, malah mengambil objek

dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala

tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan

keempat-empat anggota dan ekornya

mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia

kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini

sering menggunakan lengannya untuk berayun

dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang

dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju

dari pokok ke pokok.

UMUM 
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 
EKONOMETRIK

Ekonometrik ialah cabang ekonomi yang

menggunakan aplikasi matematik dan statistik

dalam teori ekonomi. Perniagaan dan kerajaan

menggunakan ekonometrik untuk menganalisis

dan meramal aktiviti ekonomi.

UMUM 
KARATE

Karate ialah satu bentuk pertarungan yang

tidak menggunakan senjata, yang memerlukan

seseorang itu menendang atau menyerang

dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau

kaki.

UMUM 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi

yang menggunakan pengetahuan dan kaedah

psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan

pembelajaran. Psikologi pendidikan

menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan

menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat

manusia untuk mencapai matlamat pendidikan.

Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru

perlu membantu pelajar untuk belajar.

UMUM 
PNEUMATIK

Pneumatik adalah cabang ilmu fizik yang

mengkaji kandungan gas terutama udara. Para

jurutera menggunakan pneumatik dalam mereka

alatan dan mesin yang menggunakan kandungan

gas.

Lihat juga Gas (jisim) ; Pam; Perkakas pneumatik.

UMUM 
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
MENJUGEL

Menjugel ialah membaling dan menangkap

lebih daripada satu objek dengan satu tangan,

atau tiga atau lebih objek dengan menggunakan

dua tangan. Penjugel selalunya menggunakan

bola, gelung atau belantan berbentuk pin boling.

UMUM 
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas