Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perangperkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lampualat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengubatkan1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn;Kamus Dewan Edisi Keempat
suluh1 benda (spt daun kelapa ke­ring yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. me­nyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pakai; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jimattidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimatan perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. penjimat orang yg jimat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
me­nyuluh1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memakai1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manipulasi1 perbuatan menggunakan sesuatu alat atau mengerjakan sesuatu menggunakan tangan dgn cekap. 2 segala tindakan dan selok-belok utk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 3 sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga turut mendatangkan keuntungan kpd pengusaha kecil. memanipulasikan 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. pemanipulasian perbuatan atau hal memanipulasikan: Mereka berjaya mencegah ~ oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pemanipulasi orang, pihak dsb yg memanipulasikan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dapur1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas