Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan kata sendi "daripada" dan "dari" dan apa perbezaan diantara maksud perkataan "menghadiahkan' dengan "menghadiahi". Terima kasih.Perkataan 'dari ' digunakan untuk waktu, arah dan tempat manakala yang selainnya 'daripada'. perbezaannya boleh dilihat pada ayat yang berikut; menghadiahkan , contohnya; Ali menghadiahkan buku kepada Ahmad,menghadiahi ; Ali menghadiahi Ahmad buku.Tatabahasa14.03.2007
yang mana satu betul A) saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya B) saya menghadiahkan ayah saya sebatang pen Terma kasihAyat yang betul ialah jawapan A. Saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya.Tatabahasa13.07.2009
saya keliru dengan penggunaan perkataan menghadiahi dan menghadiahkan. contoh ayat; ayah menghadiahi/menghadiahkan adik mainan.

Puan Zaimah,

Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. 

Tatabahasa04.05.2010
1. Kakak menghadiahkan dua buah pasu bunga kepada ibu. Soalan : kesan dan betulkan penggunaan perkataan dalam ayat di atas.Ayat tersebut betul.Tatabahasa28.06.2016
Bila nak guna menghadiahkan dan menghadiahi ?MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, manakala meN...i menerima objek bernyawa.  Contoh ayat, Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Lain-lain01.09.2023
Bagaimanakah penggunaan imbuhan -kan yang sebenarnya? cth : (1) Ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. (2) Ibu menghadiahi saya baju itu. Saya bertanya tentang soalan ini kerana semasa saya belajar di sekolah menengah,penggunaan imbuhan -kan mestilah diikuti dengan kata ganti diri selepasnya.

Menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahkan baju itu kepada saya.  

Menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahi saya baju itu. Kedua-dua contoh ayat yang diberi  betul.

Tatabahasa07.08.2010
Adakah bg imbuhan meN..kan,contoh dalam ayat ' menghadiahkan '..g telah digugurkan..menjadi menhadiahkan..Imbuhan meN ... kan bagi kata 'hadiah'  ialah 'menghadiahkan'.Ejaan07.10.2008
Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya. penggunaan "sekali "dalam atay ini betul atau salah.Ayat "Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa29.01.2013
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
Salam, Bagaimana bezakan penggunaan imbuhan i dan kan? misalnya menghadiahi dan menghadiahkan. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Fungsi apitan meN...kan dan meN...i menandakan kausatif dan lokatif. Contohnya:

i.  Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad

ii.  Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Yntuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, , halaman 207.  

Tatabahasa28.12.2009
1234567

Kembali ke atas