Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persi­dang­an Parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
truancyponteng sekolahPendidikanTiadaKegagalan kanak-kanak sekolah menghadiri sekolah seperti biasa yang dikehendaki undang-undang tanpa alasan yang munasabah.
unresponsive clientpelanggan tak acuhPsikologiTiadaPelanggan yang menghadiri sesi kaunseling secara terpaksa serta tidak mahu memberi sebarang kerjasama.
guaranteejaminanPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah tetamu yang dijamin akan menghadiri restoran atau hotel.
formal gowngaun rasmiKesenianTiadaPakaian yang direka cipta untuk menghadiri majlis yang diadakan pada waktu petang dan malam.
summon (Parliment)panggil (Parlimen)Undang-undangTiadaMengarahkan ahli Parlimen supaya menghadiri mesyuarat.
absenceketidakhadiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan sesuatu pihak untuk menghadiri atau menarik diri daripada persidangan atau perbicaraan. Contohnya, Amerika Syarikat telah menarik diri dan tidak hadir semasa perbicaraan dalam kes Nicaragua lawan Amerika Syarikat.
clothing functionfungsi pakaianSosiologiTiadaTujuan pemakaian sesuatu pakaian misalnya hiasan, menghadiri sesuatu upacara, pelindung dan lain-lain.
official dresspakaian rasmiPentadbiran PerniagaanTiadaPakaian yang dipakai khusus untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi.
evening gowngaun malamKesenianTiadaPakaian yang direka cipta khusus untuk menghadiri majlis yang diadakan pada waktu petang dan malam.
negative purposetujuan negatifPentadbiranTiadaSikap seseorang yang mempunyai niat bertentangan apabila menghadiri sesuatu mesyuarat
123

Kembali ke atas