Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.lang.kan] | مڠهيلڠکن

Definisi : menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.lang.kan] | مڠهيلڠکن

Definisi : menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
... Allah yang menghilangkan rasa takut di dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin. di dalam dada / dalam dada Yang mana lebih sesuai dan tepatAyat yang lebih tepat ialah: Allah yang menghilangkan rasa takut dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin.Tatabahasa12.11.2014
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinyaJawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.)Tatabahasa07.06.2012
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009
maksud demitefikasi,haplologi,Menurut Kamus Dewan, Haplologi ditakrifkan sebagai penyingkatan sesuatu kata dgn menghilangkan suatu bunyi atau suku kata yg berulang dlm sebutannya. Untuk kata Demitefikasi pula, kata ini tiada dalam sumber rujukan pihak kami, namun begitu, bolehkan saudara menyatakan dari manakah kata tersebut diperoleh, atau adakah kata tersebut merupakan kata dari bahasa serumpun atau lain, pihak kami akan cuba mendapatkan maklumat berkaitan kata ini. Terima kasih kerana menggunkan khidmat nasihat bahasa DBP.Makna13.12.2006
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Kata Hubung Pancangan“sehingga”menggunakan dalam ayat sesuai atau tidak?Manakala penggunaan imbuhan“kehilangan”tidak betul dan jawaban yang betul iaitu “menghilangkan”?Terima kasih Pesakit akan (kehilangan)deria pendengaran.Selain itu,serangan vertigo selama beberapa hari (sehingga)pesakit tidak mampu bergerak dan tiada koordinasi pada salah satu bahagian tubuh adalah petanda pesakit diserang penyakit angin ahmar atau masalah berkaitan otak.Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata hubung pancangan keterangan sehingga betul. Manakala perkataan menghilangkan tidak betul. Perkataan yang betul ialah kehilangan yang bermaksud perihal hilangnya sesuatu.Tatabahasa29.06.2021
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih.Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan  sedikit waktu lagi untuk menjawabnya.Istilah25.10.2010
terima kasih tuan 1. mereka melepaskan keletihan selepas bersenam..(terdapat kesalahan melepaskan keletihan, cikgu berkenaan mengatakan melepaskan lelah atau penat saje, tak boleh gunakan melepaskan keletihan..adakah ini betul?)

Melepaskan antara maksudnya dalam kamus termasuklah menghilangkan, penat lelah, letih dan sebagainya. Keletihan bermaksud keadaan atau rasa letih. Oleh itu, frasa yang betul ialah melepaskan letih tetapi ungkapan ini tidak lazim digunakan, yang lazim digunakan ialah 'melepaskan (menghilangkan) penat lelah'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa31.03.2011
definisi pembuangan bayi, cara mengatasi pembuangan bayi di kalangan remaja.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan'. Sekiranya sdr. ingin menulis tentang perkara ini sdr. dinasihati membaca makalah dalam akhbar dan majalah dan sebagainya atau berbincang dengan guru sdr.Makna04.09.2007
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi?"Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu.Istilah13.07.2020
123

Kembali ke atas