melipur | 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghilangkan | menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghilangkan jejak | menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghilangkan | menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghilangkan | menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. | Kamus Pelajar |
mengghaibkan | menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memadamkan | 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluputkan | 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghapus | menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersihkan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghapuskan | 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |