Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.lang.kan] | مڠهيلڠکن

Definisi : menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.lang.kan] | مڠهيلڠکن

Definisi : menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menghilangkan jejak bagai harimau.Berbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harum menghilangkan bau.Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau hendak menghilangkan jejaknya.Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gulai lengkitang.Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghapuskan arang di muka.Menghilangkan malu; membalas dendam. (Peribahasa lain yang sama makna: Membasuhkan arang yang terconteng di muka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur.Menghilangkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas