Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rempang II[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bercakap lepas atau bercakap banyak dan tidak menghormati orang lain atau majlisDia ni jeneh rempang, dalam mesyorat ada D.O pon dia tak heran.[di.jA ni dZ«.nEh Ò«m.pAN dA.lAm m«.S.ÒAt A.dA di.o pon di.jA tA hE.ÒAn]Dia ini suka cakap lepas, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Daerah pun dia tidak hairan.

Kembali ke atas