Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
PERBARISAN

Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan

bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu.

Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk

bersuka-suka atau memberi penghormatan.

Anggota angkatan tentera sering berkawat pada

hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana,

peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan

perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni

dengan pentas bergerak, kumpulan muzik,

berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih.

UMUM 
AMRITSAR

Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab,

negeri di utara India. Untuk mengetahui

kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh,

yang mengamalkan agama Sikhisme India,

menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci.

Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama

Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga

tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di

sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh.

UMUM 
REJAB

Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah.

Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa

zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w.

Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab

memuliakan dan menghormati bulan ini dengan

mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan

darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan

diharamkan pada bulan ini.

UMUM 
KEDAMAIAN SEMENTARA

Kedamaian sementara ialah penangguhan

pertempuran antara pihak yang bertentangan

dalam peperangan. Kedamaian sementara

mungkin diadakan untuk memindahkan mereka

yang cedera dari medan pertempuran,

mengebumikan mereka yang terkorban,

penukaran tawanan perang, ataupun

menghormati hari kelepasan keagamaan.

UMUM 
SAN ANTONIO,

San Antonio, Texas (pend. 935 933) ialah salah

sebuah bandar yang paling bersejarah di Amerika

Syarikat. Sepanjang sejarahnya, San Antonio berada

di bawah kawalan Sepanyol, Mexico, dan Republik

Texas yang merdeka. Bandar ini dikenali sebagai

Alamo City kerana menghormati Pertempuran

Alamo yang berlaku di sini pada tahun 1836.

UMUM 
ARES

Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani.

Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja

dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom

Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting

dari segi moral dan agama bagi orang Yunani

daripada Mars bagi orang Rom. Ares

mencerminkan aspek perang yang paling kejam

dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit

nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares.

UMUM 
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas