Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caringpenyayangPerubatanTiadaSifat menghormati, mengambil berat, menyayangi dan peka terhadap keperluan individu sesama individu.
comitykomitiSejarahTiadaSikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara.
occasional rhymepuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi ringan yang ditulis untuk menghormati, memperingati sesuatu sejarah peristiwa, masyarakat atau orang perseorangan.
ancestral hallbalai leluhurKeagamaanTiadaBangunan peringatan yang digunakan untuk menghormati roh nenek moyang dan memperingati hari kelahiran serta kematian mereka.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
deferential postmarkcap pos hormatPentadbiran PerniagaanTiadaCap pos yang teraannya tidak dikenakan kepada wajah raja di atas setem bertujuan untuk menghormati pemerintah seperti yang pernah berlaku di Sicily dan Sepanyol pada masa silam.
humanistic educationpendidikan kemanusiaanPendidikanTiadaBentuk atau pendekatan pendidikan yang menekankan aspek sosial dan emosi seseorang individu. Pendekatan ini mengajar konsep penerimaan, menghormati orang lain, perhubungan antara insan dan lain-lain.
tributary statenegeri uftiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang membayar ufti atau sumbangan hadiah kepada sebuah negara lain yang lebih besar kedudukan dan kekuatannya. Ufti ini dibayar sebagai tanda menghormati, mengiktiraf kekuatan, meminta perlindungan dan jaminan supaya tidak diserang. Sumbangan pula boleh berbentuk bayaran wang, emas atau hadiah. Secara amnya, negara ini tidak dijajah secara langsung tetapi tidak juga bebas sepenuhnya kerana negara yang besar tersebut sering mengancam kedudukannya. Contohnya, bunga emas yang dihadiahkan oleh kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Siam pada abad ke-18.
bent entrytunduk di pintuKesenianSeni BinaPerbuatan merendahkan posisi badan apabila memasuki rumah yang mempunyai pintu yang lebih rendah daripada badan. Perbuatan ini mempunyai unsur falsafah yang menyarankan tetamu supaya menghormati tuan atau pemilik rumah. Tunduk di pintu lazim diamalkan dalam seni bina warisan Melayu, apabila pintu atau laluan masuk dibuat lebih rendah dan tidak tersergam agar tetamu tunduk apabila melalui pintu tersebut. Frank Lloyd Wright, seorang arkitek terkemuka juga telah mereka bentuk pintu masuk atau laluan utama pada bangunan rekaannya menggunakan pendekatan sedemikian.
ethical behaviourtingkah laku beretikaPengurusanPerancanganTindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika.
12

Kembali ke atas