Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngua/] | مڠواق

Definisi : mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngua/] | مڠواق

Definisi : melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngua/] | مڠواق

Definisi : mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngua/] | مڠواق

Definisi : mengeluarkan bunyi kuak; berbunyi (bkn kerbau atau katak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuak (kata kerja)
Bersinonim dengan selak, singkap, buka, dedah;,
Kata Terbitan : berkuak, terkuak, menguak, menguakkan,

Peribahasa

Masuk ke dalam kandang kambing mengembik,
     masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Bermaksud :

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ?Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. Makna09.07.2008
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014

Kembali ke atas