Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nguar.uar.kan] | مڠووار -اووارکن

Definisi : 1. meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menguar-uarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudo-eventperistiwa buatanKomunikasiKorporatAcara atau peristiwa yang diuar-uarkan secara besar-besaran oleh sesebuah syarikat pengeluar barangan bagi mewujudkan suasana yang boleh menggalakkan kegiatan pemasaran yang lebih agresif. Contohnya, menguar-uarkan isu kemalangan jalan raya secara besar-besaran di media cetak atau media elektronik. Tindakan ini boleh meningkatkan pemasaran barangan yang berkaitan dengan keselamatan ken-deraan. Contoh lain, membesar-besarkan sebarang bentuk perayaan di media massa. Tindakan ini boleh mewujudkan keghairahan khalayak untuk membeli-belah. Sinonim kejadian buatan.

Kembali ke atas