Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngua.sa.i] | مڠواساءي

Definisi : 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngua.sa.i] | مڠواساءي

Definisi : 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan peperiksaan STPM 2009 berbunyi :.....menguasai lebih daripada satu bahasa...soalan saya: (KKT) Kata kerja transitif mesti dikuti oleh objek Kata nama, adakah ayat ..'menguasai lebih..' itu gramatis? bagaimana pula dengan ayat..menguasai bahasa lebih dari satu.? TQVMTokoh bahasa, Pak Asraf dan Dr. Awang Sariyan menganggap frasa "menguasai lebih daripada satu bahasa" adalah tidak gramatis kerana kata kerja transitif (menguasai) + kata adjektif (lebih). Walau bagaimanapun tokoh bahasa yang juga merupakan salah seorang penulis Tatabahasa Dewan menerima frasa ... menguasai lebih daripada satu bahasa ... gramatis kerana "kata kerja transitif  (menguasai) + frasa nama (kata bilangan - lebih daripada + kata nama - satu bahasa). Frasa ini juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.05.2011
Apakah faktor-faktor yang mengakibatkan murid-murid tidak menguasai "kata banyak makna" dan bagaimanakah caranya untuk menguasai "kata banyak makna"??Antara faktor pelajar tidak menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah tidak menjadikan kamus sebagai 'teman akrab', iaitu dengan membawanya ke mana sahaja dan sering merujuk kamus. Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain04.03.2012
Saya ingin bantuan mendapatkan pengesahan terjemahan untuk tema persidangan kami iaitu “Powering the Economy, Leading with Dynamism”. Adakah terjemahan berikut tepat? 1. Menguasai Ekonomi, Menerajui dengan Dinamisme atau 2. Menguasai Ekonomi, Terajui dengan Kedinamikan” terima kasihKlausa yang betul ialah "Menguasai Ekonomi , Menerajui Kedinamikan".Penyemakan dan penterjemahan01.10.2014
bagaimana cara untuk memperbaiki dan menguasai bahasa melayu

Saudara,

Cara yang terbaik untuk memperbaik dan menguasai bahasa Melayu adalah dengan banyak membaca  buku tatabahasa dan makalah yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah,  membuat rujukan tentang penggunaan bahasa Melayu , memahami peraturan-peraturan dan pedoman bahasa yang sedia ada dan mengikuti perkembangan bahasa Melayu melalui pelibatan dalam kegiatan-kegiatan yang diadakan di tempat saudara.

Lain-lain11.11.2009
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis.1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 
2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek.
3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap.
Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.
Tatabahasa14.05.2012
1. Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang murid gagal menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. 2. Bagaimanakah cara- cara untuk mengatasi masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu.Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain05.04.2013
1. Adakah ayat berikut betul? a. Boleh membaca semua huruf dengan lancar. b. Hanya menguasai sebahagian huruf ajar. c. Dapat mengeja dan membaca suku kata dengan lancar. d. Belum menguasai suku kata yang dipelajari sepenuhnya. e. Tidak dapat bercerita dengan bahasa. f. Boleh memahami dan bertutur dengan bahasa yang mudah. Tidak dapat menbaca dengan lancar. g. Fasih dalam bercerita dan komunikasi. h. Fasih dalam pembacaan ayat.Seperti yang dijelaskan dalam soalan sebelum ini, ayat contoh yang diberikan tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Boleh membaca semua huruf dengan lancar - predikat dan keterangan predikat, tetapi tidak ada subjek dalam ayat ini. Untuk membina ayat dengan lengkap sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.Tatabahasa14.05.2012
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas?Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih.Makna15.10.2008
Hai minta betulkan ayat di bawah : 1) Ali telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2) Rasulullah memartabatkan wanita di tempat yang tinggi kerana ia mulia di sisi Allah. 3) Ani telah menguasai syarikat itu setelah ayahnya sudah meninggal. 4) Ali merupakan seorang yang tegas dalam kebersihan. 5) Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. 6) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 7) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di Parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 8) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 9) Allah yang menguasai segalanya. 10) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 11) Kanak-kanak perlu menguasai ilmu fardhu ain dari sejak kecil lagi. 12) Darah melambangkan nyawa.Pihak DBP hanya memberikan khidmat nasihat bahasa kepada orang awam. Untuk soalan seperti di atas, sila betulkan dahulu ayat tersebut dan kemudian boleh dihantar kepada pihak DBP untuk penyemakan bagi jawapan/ayat yang betul.Lain-lain13.07.2022
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih.

1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP.

2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan.

3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Lain-lain30.10.2008
12345678910

Kembali ke atas