Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ja] | مڠوجا

Definisi : 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberang-sangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan, memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ja] | مڠوجا

Definisi : 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uja
Kata Terbitan : menguja,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICHARDS, VIV

Richards, Viv (1952– ), salah seorang

pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat

larian yang tertinggi dalam sejarah permainan

kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia

Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang

pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak”

yang berguna, dan seorang pemadang

yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards

bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian

daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian

dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang

terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan

membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St.

John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards

membuat shor sentri kelas pertamanya yang

keseratus pada tahun 1988.

UMUM 
PERMAINAN LUNCUR AIR

Permainan luncur air, sejenis sukan air yang

menguja dengan pemainnya “menunggang” buih

ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini

dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air

sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar

ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan

luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk

Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal,

Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas