Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengumpultempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpulkan1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengumpulkan wangmenyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpulkan1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
penumpu data(data concentrator)1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula.Kamus Komputer
himpun(Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara; berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda me­nyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyam­paikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul; himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; anali­sis yg menghuraikan sekumpulan ayat mela­lui satu ~ data; perhimpunan 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; penghimpunan perihal atau perbuatan meng­­­­himpunkan, pengumpulan; penghimpun; ~ elektrik Id bateri.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengerahkan1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kodifikasikegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dsb) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yg bersistem dan teratur (biasanya yg dirakamkan dlm bentuk atau sesuatu terbitan): bertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; pemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan; mengkodifikasikan mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga me­rupakan suatu sistem: norma-norma yg dikodifikasikan dlm bentuk tatabahasa sekolah dan yg diajarkan kpd siswa; pengkodifikasian perbuatan (usaha, proses, dsb) mengkodifikasikan, pengekodan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kumpul; berkumpul berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. mengumpulkan 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. terkumpul sudah dikumpulkan; terhimpun; terlonggok: Setelah ~ semuanya, telur penyu itu pun dibawa orang ke pasar. kumpulan 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. berkumpulan dlm sesuatu kumpulan; berkelompok: Mereka menjalankan kerja itu secara ~. perkumpulan persatuan yg terdiri drpd anggota sesuatu kumpulan orang; pergabungan:Dia menjadi pengerusi ~ wanita di kampungnya. pengumpulan perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu. pengumpul orang yg mengumpulkan sesuatu: ~ setem.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghimpunkanmengumpulkan (orang dll): Maka baginda menyuruh ~ orang besar di negeri Samudera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas