Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flocculationpemberbukuanKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses mengumpulkan semula zarah-zarah halus dengan memasukkan bahan kimia pengental untuk menghasilkan pengendapan. Keadaan ini terjadi dalam proses mengheningkan air.
electrodeelektrodPerubatanTiadaPeranti elektrod yang mengumpulkan, memancarkan, atau memesongkan elektron atau sebarang pembawa cas yang lain.
dental assessmentpenilaian pergigianPerubatanTiadaProses mengumpulkan maklumat tentang kesihatan pergigian dan membuat pentafsiran berdasarkan maklumat yang terkumpul.
electron collectionpengumpulan elektronKejuruteraanTiadaTeknik mengumpulkan elektron dalam kebuk pengionan berasaskan kelebihan kelincahan elektron berbanding dengan ion.
venulevenulPerubatanTiadaPembuluh kecil yang mengumpulkan darah daripada pleksus kapilari yang seterusnya bergabung antara satu sama lain untuk membentuk vena. Sin: venula
electrodeelektrodKimiaTiadaPeranti elektrik yang mengumpulkan, memancarkan, menarik atau menolak elektrik atau sebarang pembawa cas yang lain. Biasanya, elektrod berbentuk plat, grid, atau dawai yang membawa arus elektrik kepada bahan elektrolit, gas, vakum, atau semikonduktor, atau sebaliknya. Dalam bateri, plat negatif disebut anod, manakala plat positif disebut katod. Dalam sel elektrolisis pula, elektrod yang bersambung dengan punca negatif disebut katod, manakala yang bersambung dengan punca positif disebut anod. Elektrod, seperti karbon, yang tidak aktif secara kimia disebut elektrod lengai.
electrodeelektrodTeknikElektrikPeranti elektrik yang mengumpulkan, memancarkan, atau memesongkan elektron atau sebarang pembawa cas yang lain. Biasnya, elektrod berbentuk plat, grid, atau dawai yang membawa arus elektrik ke bahan elektrolit, gas, vakum, atau separuh pengalir, dan sebaliknya. Dalam bateri, plat negatif disebut anod, manakala plat positif disebut katod. Dalam sel elektrolisis pula, elektrod yang bersambung dengan punca negatif disebut katod, manakala yang bersambung dengan punca positif disebut anod. Elektrod seperti karbon, yang tidak aktif secara kimia, disebut elektrod lengai.
dimensional analysisanalisis dimensiKejuruteraanTiadaAnalisis yang mengumpulkan pemboleh ubah dalam sesuatu sistem, proses atau persamaan ke dalam satu kumpulan parameter yang tidak berunit atau bermatra. Kaedah ini berguna untuk mengaitkan data eksperimen, menskalakan sistem, dan juga mengelaskan fenomena aliran bendalir.
data concentratorpenumpu dataGeografiTiadaPeranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar.
mail clearancepungutan melPentadbiran PerniagaanTiadaProses mengumpulkan mel dari pelbagai lokasi sama ada luar atau dalam pejabat pos.
1234567

Kembali ke atas