Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Malang Menimpa SahabatFauziah ZainuddinDewan Pelajar1 December 1973
Keganasan seks mengapa menimpa wanita?Ding Choo MingDewan Masyarakat1 April 2004
Ujian demi ujian datang menimpaIkhwan RidzwanDewan Masyarakat1 June 1998

Kembali ke atas