Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik Ali berasa risau kerana menimpa banyak masalah. Adakah kesalahan dalam ayat ini?terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Ali berasa risau kerana banyak masalah menimpanya."Tatabahasa19.04.2013
Salam, Adakah apa-apa peribahasa Melayu yang bermaksud "berasa gembira atas bencana yang menimpa orang lain"? Sekian, terima kasih.Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bencana&d=11 jika ada peribahasa lain yang berkaitan.Tatabahasa24.10.2012
apakah maksud malapetaka,bala?Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat.Makna19.01.2008
Minta tanya, apakah perbezaan dan penggunaan antara 'mengenai', 'tentang' dengan 'bagi'. Sekian, terima kasih.'Mengenai' bermaksud kena pada (matlamat, sasaran dll), menyentuh, berkenaan dengan, tentang, menimpa. 'Tentang' bermaksud berkenaan dengan, berkaitan dengan, darihal, mengenai; akan ... , dalam hal; hal, perkara. 'Bagi' bermaksud untuk, buat, guna.Makna29.06.2008
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri.
Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan.
Tatabahasa05.08.2015
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan.1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata.Tatabahasa29.04.2013
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
maksud kekangannyaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud  1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. Istilah15.03.2010
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
12

Kembali ke atas