Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME)

Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali

sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis

gangguan yang menimpa kebanyakan orang

dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh

berlaku berulang kali dari semasa ke semasa

ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan

lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit

biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan

kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka

lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit

dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan

mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu

diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala

dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin

menyebabkan keadaan itu.

UMUM 
MALAMUD, BERNARD

Malamud, Bernard (1914–1986) ialah pengarang

Amerika. Kebanyakan fiksyen Malamud diceritakan

dalam bentuk lucu tetapi penuh rasa simpati

terhadap nasib malang yang menimpa penduduk

kota, terutama orang Yahudi.

UMUM 
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM 
CERITA PARA NABI

CERITA PARA NABI, hasil sastera Melayu klasik yang disadur daripada sastera Parsi dan Arab. Cerita ini adalah untuk menyebarluaskan ajaran Islam, meningkatkan keimanan, menyampaikan sifat peribadi yang mulia dan untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat Islam, supaya mereka dapat mengambil teladan daripada peristiwa yang menimpa golongan masyarakat yang mengingkari Allah dan sunah.

   

SASTERAKonsep
PENDINDING

PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus.  Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan.

BUDAYAKepercayaan
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan

Kembali ke atas