Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal] | منيڠݢل

Definisi : = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal] | منيڠݢل

Definisi : , = ~ dunia mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Puisi
 

Bunga melati di tengah padang,
     Mari dikutip anak Cina;
Harimau mati meninggal belang,
     Manusia mati meninggalkan nama.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telah mati yang bergading.

Bermaksud :

Telah meninggal orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaTelur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.
Kurik Kundi Merah SagaBulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Ramas santan di dalam mangkuk; Hajat hati malas bercerai, Ibarat ikan meninggal lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaAir panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi.
12

Kembali ke atas