Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa "menipu wang" frasa yang betul? Kerana adalah tidak lojik wang sebagai benda tak hidup boleh ditipu. Ataupun wang dalam frasa ini tidak berfungsi sebagai objek?Frasa "menipu wang" tidak tepat dari segi semantik kerana kata kerja "menipu" lazimnya diikuti objek yang bernyawa seperti menipu orang dan menipu ibu bapa.Tatabahasa19.09.2012
Salam sejahtera. Struktur ayat yang manakah yang betul? --- (A) Bolehkah awak jangan menipu? --- (B) Bolehkah kalau awak tidak menipu? --- Terima kasih.Salam sejahtera,

Kedua-dua pilihan jawapan yang puan berikan boleh digunakan dalam konteks bahasa percakapan. 
Tatabahasa10.01.2020
Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?'

Saudara,

Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP.

Makna23.10.2010
Selamat sejahtera. Saya ingin tanya adakah perkataan 'sejujur' itu wujud? Terima kasihPerkataan sejujur boleh digunakan mengikut konteks tertentu seperti ayat tersebut "saya hadir melalukuan tugas sejujur mungkin bukan mahu menipu". Lazimnya, ditemui dalam karya sastera.Tatabahasa28.11.2015
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
Apakah pengertian Jenayah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;Makna07.06.2009
Assalamualaikum, Saya ingin dapatkan pengesahan bagi terjemahan ayat di bawah: Research has shown that narcissists are more likely to cheat in game-play and romantic relationships, take more resources for themselves and leave fewer resources for others, value material things, and be obsessively concerned with their outer appearance. Terjemahan bahasa Melayu: penyelidikan telah menunjukkan bahawa narsisis lebih cenderung untuk menipu dalam main permainan dan hubungan romantik, mengambil lebih sumber untuk diri mereka sendiri dan meninggalkan hanya sedikit untuk orang lain, menghargai benda material dan mengambil berat secara obsesif terhadap penampilan luaran mereka. Mohon pengesahan terutamanya bagi terjemahan perkataan "narcissists" dan "game-play." Sekain, terima kasih.Tidak ada contoh penggunaan narcissists dan game-play dalam pangkalan data kami. Istilah yang berkaitan dengan narcissis seperti narcissism dan narcissistic dipinjam dan disesuaikan ejaannya dalam Bahasa Melayu menjadi narsisme dan narsistik, namun tidak ada terjemahan kata narcissists. Kami berpandangan terjemahan yang paling hampir ialah taasub pada diri sendiri. Perkataan bermain permainan bagi padanan game play boleh diterima dan makna sebenar boleh dijelaskan berdasarkan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2019
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya'Tidak ada  perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya"  dan  "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya  2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu.Ejaan12.02.2019
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlasBekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura.Makna16.03.2008
12

Kembali ke atas