Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Pecah bunyi (= tepi),
     buruk berita.

Bermaksud :

Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut betul dalam tatabahasa atau struktur ayat? "Ini bukan yang benar" "Dia kaya dengan perasaan" Adakah kamu menjadi besar dalam latar belakang macam ini? Dia telah memastikan produk itu boleh didapat di seluruh dunia. Dia juga ada perkara yang suka dan benci.Ayat-ayat contoh yang diberikan betul, kecuali dua ayat. Dan ayat ini telah betulkan, iaitu: Dia telah memastikan produk itu boleh didapati di seluruh dunia. Ada perkara yang dia suka dan ada perkara yang dia benci.  
Tatabahasa08.10.2012
menjadi kembangMenurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;Lain-lain06.08.2007
Apakah maksud peribahasa bubur kurang sudu lebihMaksudnya, perkara kecil menjadi besar kerana dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.Makna18.08.2007
Apakah ada formula untuk menentukan pengunaan antara apitan meN.....kan yang membawa maksud kausatif dengan apitan meN.....kan membawa maksud benafaktif? Misalnya "memberikan" bermaksud kausatif tetapi "membelikan" pula bermaksud benafaktif. Saya sungguh keliru.Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat, dan adik + buku objek dalam ayat tersebut).Tatabahasa29.08.2012
Jika kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan di kaitkan dengan api. Tetapi saya ingin nak tahu adakah rangkai kata ini termasuk dalam bidalan atau lain-lain. Tolong tuan terangkan.Rangkai kata ini termasuk dalam kelompok peribahasa. Susunan peribahasa yang betul ialah "api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan". Lain-lain28.07.2009
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar.Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.Tatabahasa31.03.2010
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
Bagaimanakah mahu pastikan sama ada KKTr meN....kan yang membawa maksud kausatif atau banefaktif. contohnya alam frasa 'membelikan ikan' atau membeli ikan. ATAU frasa' membeli emak ikan itu' atau membelikan emak ikan itu. Yang mana satu tepat dan tolong jelaskan. kenapa dalam frasa 'menjelaskan perkara' memerlukan akhiran '..kan' untuk maksud kausatif dan mengapa frasa 'membeli ikan' tak perlu akhiran ...kan dalam maksud kausatif?Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat). Merujuk contoh yang diberikan oleh saudara, frasa yang betul ialah "membelikan emak ikan" untuk maksud benefaktif. Hal ini berbeza dengan frasa "membeli ikan". Frasa tersebut betul dan membawa maksud melakukan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk awalan meN- dan apitan meN-...-kan..Tatabahasa06.04.2012
Yang manakah penggunaan yang tepat bagi perkataan 'menghadap' @'mengadap' dalam ayat berikut: 1) Perdana Menteri akan menghadap Sultan Pahang. 2) Perdana Menteri akan mengadap Sultan Pahang.Merujuk Kamus Dewan, daripada perkataan hadap menjadi menghadap yang bermaksud datang menemui (raja atau orang besar-besar). Perkatan mengadap juga ditemukan dalam Kamus Pelajar yang bermaksud menghadap (raja atau orang besar-besar). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut betul, namun dalam konteks ayat yang tersebut perkataan mengadap lebih kerap digunakan.Tatabahasa17.05.2013
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih.Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas.Ejaan30.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas