Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stratifed squamous epitheliumepitelium skuama berlintapBiologiHistologi dan SitologiSel epitelium bak sisik yang berlapis-lapis dan biasanya terdapat pada permukaan kulit dan berfungsi sebagai lapisan pelindungan. Sel epitelium ini berpunca daripada lapisan epitelium turus yang menjadi pipih setelah ditolak keluar dan menjadikan sel-sel di permukaan kulitnya mati, lalu menjadi lapisan keratin.
parasitic wormcacing parasitVeterinarTiadaCacing yang menjadi parasit pada ternakan. Terdapat beberapa jenis cacing yang terlibat iaitu cacing gelang, cacing pipih dan cacing pita. Contoh cacing gelang ialah Ascaris spp yang menyerang lembu dan babi yang terdapat di dalam saluran pencernaan. Contoh cacing pipih pula ialah Fasciola hepatica yang menyerang organ hepar ternakan. Manakala contoh cacing pita ialah Taenia saginata yang menyerang di sepanjang usus ternakan. Kesemua cacing ini menghisap darah perumah dan menyebabkannya kurus, merencatkan pertumbuhan, mengurangkan kecekapan makanan dan mengurangkan selera makan. Dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Kewujudan cacing ini yang menyerang ternakan boleh menyebabkan kerugian dari segi ekonomi kepada pengusaha ladang.
phyllocladefilokladBotaniTiadaBatang yang berwarna hijau, pipih atau bulat berair. Biasanya, batang jenis mempunyai daun yang terubahsuai menjadi duri seperti pada pokok kaktus. Batang filoklad yang mempunyai satu ruas disebut kladod. Contohnya, pada asparagus. Sinonim kladod.
tapewormcacing pitaPerubatanTiadaCacing parasit yang terdapat di dalam usus. Cacing ini berbentuk pipih seperti pita dan bersegmen; telur cacing tersebut memasuki saluran makanan perumah perantara, dan seterusnya memasuki tisu untuk membentuk sista; apabila perumah perantara dimakan, sista tersebut berkembang di dalam saluran makanan perumah yang baru ini dan menjadi cacing pita dewasa.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.

Kembali ke atas