Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat ' Ciri-ciri menjaga kebersihan' atau 'Cara- cara menjaga kebersihan'? Yang mana tepat?Ayat yang betul ialah cara-cara menjaga kebersihan.Tatabahasa26.07.2021
Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan.Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan.Tatabahasa25.03.2019
Menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua orang, bukannya tanggungjawab seseorang individu sahaja. Adakah penggunaan seseorang dalam ayat tersebut salah ? Jikalau salah ,mengapa ?

Ayat “Menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua orang, bukannya tanggungjawab seseorang individu sahaja.”, betul.

Lain-lain14.10.2023
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalanberikut ? 1. " Bagaimanakah ............ menjaga kebersihan pasar ini?" titah sultan kepada Pak Man.Bagaimanakah kamu menjaga kebersihan pasar ini?Tatabahasa17.03.2015
Salam Sejahtera ! Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya dengan menggosok gigi pada setiap hari. Soalan: Bolehkah perkataan "contohnya" digunakan pada mula ayat.

Perkataan contohnya boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini.

Ayat "Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya, gosok gigi pada setiap hari” boleh digunakan.
Tatabahasa11.03.2014
Cikgu saya kata, kita tidak boleh memulakan ayat dengan "Antaranya termasuklah". Contoh ayat: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan. Antaranya termasuklah mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun. Bolehkah pihak tuan mengesahkan perkara ini - penggunaan "Antaranya termasuklah..."? Terima kasih.Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaan "antara" dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.Tatabahasa05.08.2020
Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruhPerkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah.Tatabahasa22.01.2013
Saya ingin menggunakan perkataan atasi adakah ayat ini betul? Masalah ini haruslah ibu bapa atasi dengan mendidik anak-anak cara menjaga kebersihan alam sekitar.

Penggunaan perkataan “atasi” dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa12.07.2022
saya ada satu soalan lagi tentang ayat pasif dan ayat aktif juga iaitu,harap tuan/puan tolong semak.Terima kasih. soalan : ayat pasif: Kebersihan dijaga oleh pekerja kedai itu. jawapan : ayat aktif : Pekerja menjaga kebersihan kedai itu.Ayat pasif yang betul jika merujuk ayat aktif ialah Kebersihan kedai itu dijaga oleh pekerja. Oleh itu ayat aktifnya ialah Pekerja menjaga kebersihan kedai itu.Tatabahasa13.08.2009
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir.1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepatTatabahasa25.07.2011
123

Kembali ke atas