Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perineal carepenjagaan perineumKejururawatanTiadaProsedur menjaga kebersihan bahagian genitalia wanita.
therapeutic dextranase mouthwashkumuran dekstranase terapiPerubatanTiadaKumuran mengandungi dextranase untuk menjaga kebersihan mulut dan merawat luka dan patologi.
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

sub-luxationkesublaksatanPergigianTiadaTrauma pada gigi yang menyebabkan kecederaan ligamen periodontal yang mengakibatkan gigi goyah tetapi tidak tersesar. Oklusi gigi ini dilegakan dan pesakit dinasihatkan mengambil diet lembut untuk 1 - 2 minggu. Pesakit juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan mulut dengan baik. Jika gigi itu sakit pada perkusan, pensplinan dilakukan bagi mengurangkan pergerakan gigi tersebut.
personal hygienekebersihan diriHerbaTiadaAmalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran.
oral hygienehigin mulutPerubatanTiadaTabiat menjaga dan memastikan kebersihan dan kesihatan mulut melalui pemberusan gigi, pemflosan dan kaedah-kaedah lain yang disyorkan oleh pegawai pergigian.

Kembali ke atas