Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creepingmenjalarBotaniTiadaKeadaan batang lembut yang menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar adventitius di bahagian buku-bukunya. Contohnya, pada tumbuhan kekacang penutup bumi.
creepertumbuhan jalarPertanianAgronomi

 Tumbuhan yang menutupi kawasan dengan mengeluarkan batang yang berupaya menjalar dengan cepat. Batang yang menjalar ini dipanggil stolon dan pada setiap stolon terdapat nod yang akan mengeluarkan akar dan pucuk. Kebanyakan tanaman penutup bumi dipilih dari jenis tumbuhan jalar kerana dapat melitupi kawasan dengan cepat serta mudah memanjat sesuatu struktur tegak seperti pokok atau pagar. Tumbuhan jalar juga boleh menjadi rumpai yang berbahaya  seperti pokok Mikania cordata yang cepat menguasai kawasan dan memberi saingan kepada tanaman sekiranya tidak dikawal. Sinonim tumbuhan menjalar

directional couplerpengganding berarahKimiaTiadaPeranti yang menggandingkan sistem sekunder sahaja kepada gelombang yang menjalar pada arah tertentu dalam sistem penghantaran primer dengan mengabaikan sama sekali gelombang yang menjalar pada arah yang berlawanan.
directional couplerpengganding berarahFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanPeranti yang menggandingkan sistem sekunder sahaja kepada gelombang yang menjalar pada arah tertentu dalam sistem penghantaran primer dengan mengabaikan sama sekali gelombang yang menjalar pada arah yang berlawanan.
creepingmenjalar; merayap; pelambananKomputerTiadaTiada
creepingmenjalar; merayapKimiaTiadaTiada
creepingmenjalar; merayapPertanianTiadaTiada
travelling wavegelombang menjalarFizikTiadaTiada
creeping planttumbuhan menjalarPerhutananTiadaTiada
travelling wavegelombang menjalarGeografiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas