Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.las.kan] | منجلسکن

Definisi : 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.las.kan] | منجلسکن

Definisi : 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drawerpenyuruh bayarPentadbiranTiada1. Orang yang mengeluarkan bil pertukaran yang mengarahkan pesuruh bayar menjelaskan sejumlah wang. 2. Orang yang mengeluarkan cek yang mengarah pihak bank untuk menjelaskan sejumlah wang.
IDL (interface definition language)IDL (bahasa takrifan antara muka)Teknologi MaklumatTiadaBahasa yang digunakan untuk menjelaskan antara muka ke rutin atau fungsi. Contohnya objek dalam persekitaran objek teragih Corba didefinisikan oleh IDL yang menjelaskan perkhidmatan yang diberi oleh objek dan cara data disampaikan.
flight envelopesampul penerbanganAeroangkasaTiadaSatu graf yang menunjukkan halaju melawan ketinggian untuk menjelaskan had gaya laku sesebuah pesawat udara.,Sistem propeler yang digunakan untuk penerbangan laju tinggi.,Satu graf yang menunjukkan halaju melawan ketinggian untuk menjelaskan had gaya laku sesebuah pesawat udara.
geometric theoryteori geometriKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang menjelaskan sifat keaktifan dan mekanisme tindak balas kimia bermangkin dengan berdasarkan pendapat bahawa bentuk geometri atom mangkin yang aktif adalah kritikal dan berhubung rapat dengan keaktifan mangkin. Teori yang berdasarkan pendekatan fizikal ini digunakan terutamanya untuk menjelaskan konsep kepilihan, pengumpulan spesifik, dan kepekaan struktur sesuatu mangkin.
metaphormetaforaKesenianDrama dan Teater1. Pengungkapan dalam dialog yang dijadikan kiasan atau analogi untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang menjadi sifat atau sikap dalam kenyataan. 2. Hasil karya seni yang sifat penghasilannya memberikan tumpuan kepada penyampaian maksud bagi menjelaskan bentuk kiasan yang sebenar.
elevationtampakKesenianSeni BinaPandangan bangunan yang dilihat dari satu kedudukan tertentu. Pandangan ini ialah pandangan yang biasa digunakan untuk menggambarkan penampilan luar sesebuah bangunan. Ia juga menjelaskan bahan dan penyelesaian menyeluruh yang digunakan pada sesebuah bangunan, di samping menjelaskan ukuran bangunan dibandingkan dengan bangunan atau konteks sekelilingnya. Tampak terbahagi kepada beberapa kategori seperti tampak hadapan, tampak sisi dan tampak belakang, biasanya merujuk kepada arah petunjuk kompas.
account formenjelaskanUndang-undangTiadaTiada
account formenjelaskanSejarahTiadaMenyediakan alasan yang munasabah dan menyakinkan atau mendedah sebab-sebab sesuatu perkara itu berlaku.
discharge (a bill)menjelaskanEkonomiTiadaTiada
media strategy statementpenyataan strategi mediaKomunikasiKorporat1. Laporan yang menjelaskan tentang kedudukan sesuatu media dalam pasaran semasa. Laporan ini biasanya disediakan oleh pihak agensi pengiklanan. Kandungan laporan ini menggariskan cadangan agensi mengenai prestasi media berdasarkan hasil penarafan khalayak. Berdasarkan hasil analisis prestasi media tersebut, agensi akan mencadangkan secara khusus media yang boleh menonjolkan objektif pasaran sesuatu jenama barangan mengikut jumlah kewangan yang ada. 2. Kertas cadangan yang mengandungi maklumat berkaitan konsep, format, pendekatan, dan proses per-sembahan mesej pengiklanan. Fungsi kertas ini adalah untuk membantu pihak pembuat keputusan dalam agensi bagi mengenal pasti, dan memutuskan strategi yang terbaik dan efektif. Maklumat yang disusun dalam kertas ini juga boleh membantu pihak penulis iklan dan pihak penerbit untuk mencari strategi kreatif persembahan. Maklumat utama yang perlu dicatatkan dalam penyataan strategi media ialah jenama barangan, jenis media, jenis khalayak sasaran, sifat khalayak dan barangan, objektif iklan, matlamat iklan, dan konsep serta format yang hendak digunakan dalam iklan. Maklumat tambahan lain adalah seperti perincian maklumat mengenai pendekatan serta kos penghasilan iklan yang dijangkakan. Terdapat juga penyataan strategi media yang disertakan dengan data yang boleh menjelaskan dan menyokong keputusan yang akan diambil dalam menentukan jenis media yang dipilih, genre penerbitan, dan kekerapan penyiaran sesuatu iklan.
12345678910...

Kembali ke atas