Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Peribahasa

Seludang menolak mayang.

Bermaksud :

Menyombongkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1. saling tolak-menolak 2. tolak-menolak 3. saling menolak Saya berasa bahawa "saling tolak-menolak" adalah salah dan jawapan yang betul ialah "tolak-menolak" atau " saling menolak". Adakah jawapan saya ini betul? Saya tidak pasti akan jawapan saya ini. Tolong berikan penjelasan kenapa perlu letak "tolak menolak/saling menolak". Terima kasih.Frasa yang betul ialah "saling menolak" atau "tolak-menolak".  Tolak-menolak ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling dalam kata tersebut.Tatabahasa01.05.2014
(menolak /menyorong) kereta sorong. Apakah kata kerja yang betul dalam soalan ini ? Boleh berikan penjelasan. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua kata kerja tersebut boleh dan sesuai digunakan kerana membawa makna yang sama.

Tatabahasa02.12.2010
A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda.
Tatabahasa29.03.2013
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik.Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:

Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik.
Tatabahasa05.08.2013
i. Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang mempunyai penyebut yang sama. ii. Menambah atau menolak dua pecahan algebra dengan penyebut yang sama. Adakah dua ayat di atas sama makna? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut mengandungi makna dan arahan yang sama.Tatabahasa08.04.2011
1. Boleh guna "menolak motosikal"? atau mesti menuntun motosikal. 2. "memasukkan angin ke dalam tayar yang pancit" betulkah? atau mesti guna "mengepam tayar motosikal" 3. "membayar harga membaiki motosikal di kaunter bayaran " ada kesalahan dari segi struktur ayat? Terima kasih
1. Menolak motosikal dan menuntun motosikal, kedua-duanya betul. Sila rujuk kamus untuk melihat makna dan konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut.
2. Mengepam tayar motosikal.
3. Membayar harga membaiki motosikal, betul kerana harga termasuklah untuk barang dan perkhidmatan.
Tatabahasa28.07.2014
Perkataan lawan bagi "menarik" ialah_____ A. Menghulur B. Melepas C. Menyorong D. MendorongUntuk makluman, perkataan lawan yang tepat untuk menarik ialah menolak . Oleh sebab dalam jawapan yang diberikan tidak terdapat perkataan "menolak", jawapan yang paling hampir ialah mendorong. Walau bagaimanapun, ketepatannya bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa08.07.2014
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi.

Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi.
Tatabahasa04.09.2016
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
apakah maksud sekularisme?Sekularisme ialah fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusiaMakna29.08.2006
123456

Kembali ke atas