Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Peribahasa

Seludang menolak mayang.

Bermaksud :

Menyombongkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
refusal pointtakat menolakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTakat yang kadar penyerapan pengawet berlaku dengan amat perlahan pada aras tekanan dan suhu yang diizinkan. Jumlah pengawet yang diserap tidak mencapai takat yang dikehendaki apabila kayu diawet menggunakan cara rawatan menolak.
peristaltic movementgerakan peristaltikBiologiFisiologiGerakan (bak cacing) usus atau organ tiub yang mempunyai otot keliling dan otot membujur, untuk menolak kandungannya, seperti usus kecil menolak bahan makanan ke dalam usus besar, ketika proses pencernaan.
hypothesis testujian hipotesisMatematikTiadaProses membuat kesimpulan untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis statistik berdasarkan data sampel. Jika maklumat daripada sampel didapati tak konsisten dengan hipotesis, maka hipotesis itu diterima; ini tidak bermakna hipotesis itu memang benar, hanya bermaksud tiada bukti untuk menolak. Oleh itu, ahli statistik merumuskan satu hipotesis dengan tujuan mungkin menolaknya. Ujian yang dibuat terhadap hipotesis ini dikenali sebagai hipotesis nol. Sekiranya, hipotesis nol ditolak, satu hipotesis yang lain yang dikenali sebagai hipotesis alternatif diterima pula.
line of magnetic fieldgaris medan magnetTeknikElektrikGaris daya dari utara ke selatan magnet. Garis medan ini menolak antara satu dengan yang lain, dan tidak boleh memotong atau bercantum dengan garis daya lain. Cirinya menyerupai ciri magnet, iaitu kutub yang tidak serupa casnya menarik dan kutub yang serupa casnya menolak.
repelmenolakFizikTiadaTiada
overulemenolakUndang-undangTiadaTiada
overrulemenolak; mengesampingkanUndang-undangTiadaTiada
renouncemenolak; melepaskanUndang-undangTiadaTiada
overrulemenolakUndang-undangTiadaTiada
electric chargecas elektrikKimiaTiadaSifat zarah asas, simbol Q, yang terdiri daripada dua jenis, iaitu terdiri daripada dua jenis, iaitu positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui saling tindak elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. Elektron mengandungi unit cas negatif yang terkecil, manakala proton pula mengandungi unit cas positif yang terkecil. Sesuatu zarah bercas negatif jika mengandungi lebih elektron daripada proton dan bercas positif jika mengandungi lebih proton daripada elektron. Cas elektrik ialah hasil darab arus elektrik (dalam unit ampere) dengan maa (dalam unit saat) dan diukur dalam unit coulomb.
12345678910...

Kembali ke atas