Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mén.ta.li.ti] | مينتاليتي

Definisi : (méntaliti) 1. keadaan atau kualiti kebolehan akal; 2. cara berfikir; bermentaliti mempunyai mentaliti (daya fikir): manusia ~ rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mén.ta.li.ti] | مينتاليتي

Definisi : /méntaliti/ 1 kaedah atau cara berfikir. 2 keadaan akal atau kebolehan berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentaliti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan minda, pemikiran, cara berfikir, sikap, sifat, pandangan hidup.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asyndesisasindesisPerubatanTiada1. Kecacatan mentaliti dengan akibatnya idea atau fikiran yang berkaitan tidak dapat dihimpunkan menjadi konsep yang koheren.
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.

Kembali ke atas