Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nung.gang] | منوڠݢڠ

Definisi : 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; ber-deret-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah mem­biar­kan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputus­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gang] | منوڠݢڠ

Definisi : duduk menggunakan sesuatu sbg alat yg dikenderai dgn duduk bercelapak di atasnya: ~ kuda; ~ basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang3
Kata Terbitan : menunggang, menunggangi, menunggang,

Puisi
 

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu  seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul.Tatabahasa19.07.2012
menunggang atau membonceng dan menumpang motosikal?Menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll.). Membonceng pula ialah menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya) sementara menumpang membawa maksud naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dll.) dan juga membawa maksud membonceng.

Oleh yang demikian, menunggang, membonceng dan menumpang motosikal boleh digunakan.

Lain-lain21.08.2021
Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari/daripada hari ke hari.Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari hari ke hari.Tatabahasa29.11.2011
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bantu dapat dan boleh. Dapat dan boleh membawa maksud keupayaan. Kata bantu boleh juga digunakan untuk mendapat keinginan. Sila berikan nasihat tentang ayat berikut:~ Soalan Peperiksaan kertas Model PT3- "Anak saya berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikal," kata Pak Ali kepada Pak ABu. Pilihan yang ada A. Sudah mahu menunggang basikal B. Dapat sudah menunggang basikal C. sudah dapat menunggang basikal D. Sudah boleh menunggang basikal Jawapan yang disediakan dalam buku kertas model PT3 untuk soalan ini ialah sudah dapat menunggang basikal.Perjelasan: Frasa kerja sudah boleh menunggang salah kerana penggunaan kata bantu boleh sepatutnya menjadi dapat yang bermaksud berupaya menunggang basikal. Persoalannya ialah boleh dan dapat sebenarnya boleh digunakan untuk menunjukkan keupayaan dan kebolehan. Adakah jawapan yang diberikan itu betul . Apakah jawapan yang lebih tepat? Sila berikan nasihat. Terima kasih.Kedua-dua perkataan dapat dan boleh bermaksud berkeupayaan atau berpeluang untuk melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang tepat bergantung pada konteks ayat. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah  Anak saya yang berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikalTatabahasa16.11.2021
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal?Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama  memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal.Tatabahasa29.03.2012
"Hari ini ialah/adalah pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim."Hari ini pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim.Tatabahasa29.11.2011
Saya nampak dua orang sedang menunggang basikal dan melalui jalan di hadapan kedai itu. Ayat ini betul ke?"Saya nampak dua orang sedang menunggang basikal dan melalui jalan di hadapan kedai itu." Ayat ini betul.Tatabahasa03.07.2023
Antara ayat-ayat di bawah, yang mana satu betul. 1a) Ali boleh menunggang basikal. 1b) Ali dapat menunggang basikal. 2a) Adik ada tahi lalat di pipi kiri. 2b) Adik mempunyai tahi lalat di pipi kiri. 3a) Arca yang menarik itu tercipta olehnya. 3b) Arca yang menarik itu dicipta olehnya.1a) dan 1b) - Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaannya. 2a) dan 2b) - Kedua-duanya betul. Tetapi yang lebih betul ialah 2a. 3b) betulLain-lain02.04.2009
salam tuan. Mohon pendapat tuan ttg ayat2 di bawah: 1-a) Zamri menunggang basikal ke sekolah. 1-b) Zamri ke sekolah menunggang basikal. 1-c) Zamri ke sekolah menaiki bas. 2-a) Mereka makan di kantin pada waktu rehat. 2-b) Mereka makan pada waktu rehat di kantin. B/mana pndpt tuan ayat nombor 1 dr segi struktur dll. Boleh diterima sbg betul atau tdk tepat? Bagi saya, ayat 2 tidak salah. Bezanya hanya pada peluasan predikat shj. T/kasih.

Semua ayat tersebut adalah betul, perbezaan hanyalah predikatnya sahaja sama ada Frasa Kerja atau Frasa Sendi Nama.

Tatabahasa23.05.2011
Selamat sejahtera, mohon bantuan tuan/puan untuk menjelaskan perbezaan antara: 1) menaiki basikal 2) menunggang basikal 3) mengayuh basikal Apakah perkataan (menaiki/menunggang/mengayuh) yang paling sesuai jika seorang kanak-kanak menaiki dan mengayuh basikal menuju ke sesuatu tempat? Terima kasih.Perkataan yang paling sesuai digunakan untuk basikal ialah mengayuh.Tatabahasa12.08.2020
123

Kembali ke atas