Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Hendak bertanduk kepala dipahat.

Bermaksud :

Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-actualizationpenghasratan diriKomunikasiKorporatIstilah yang asalnya diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan potensi atau keterampilan seseorang individu. Penghasratan diri dianggap sebagai tahap terakhir pembangunan psikologi yang dicapai seseorang individu selepas keperluan asas seseorang individu berkenaan dipenuhi. Dengan melakukan penghasratan diri, seseorang akan mampu untuk mempamerkan kekuatan dalaman yang sedia ada dalam dirinya, serta menunjukkan kesungguhan dan keterampilan diri bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Kekuatan dalaman ini merupakan sifat asas yang perlu ada dalam setiap diri individu semasa berurusan dengan orang lain atau semasa melakukan pemujukan terhadap orang ramai. Bagi individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif pemasaran, kekuatan dalaman ini adalah sangat diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas harian bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Bagi membangunkan penghasratan diri, seseorang individu perlu memahami dan peka terhadap orang lain dan persekitaran, serta berdikari, spontan, kreatif, dan inovatif.
litoteslitotesKesusasteraanPuisiPengucapan atau penuturan yang bersifat kiasan dan mengarah kepada memperkecilkan sesuatu hal atau peristiwa yang terjadi. Penggunaan unsur litotes ini bertujuan untuk menunjukkan kerendahan diri penutur atau penyair. Contohnya, "Kalau adil masa Iapang singgahlah ke pondok kami". Dalam konteks ini perkataan pondok itu mungkin realitinya sebuah rumah besar.
Diogenes syndromesindrom DiogenesPerubatanPsikiatriGangguan tingkah laku yang menunjukkan seseorang mengabaikan pengurusan diri secara ekstrem.
self-injurycedera kendiriPendidikanTiadaTingkah laku mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala dan menarik rambut yang berlaku di kalangan individu yang mempunyai kecacatan intelek yang teruk atau yang menunjukkan perlakuan autistik.
emotional disordergangguan emosiPendidikanTiada

 Keadaan yang menunjukkan reaksi emosi yang tidak sesuai. la juga merujuk kepada tingkah laku yang keterlaluan atau tingkah laku menyisihkan diri. Sinonim emotional disturbance.

saltatory condition/saltatorialkeadaan saltatoriBiologiFisiologi1. Sifat haiwan yang telah menyesuaikan diri untuk melompat kerana salah satu atau beberapa anggotanya telah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, kaki belakang belalang bersaiz lebih besar berbanding dengan kaki belakang serangga yang lain. 2. Suatu keadaan yang menunjukkan pergerakan melalui suatu ruang, misalnya aliran melalui buku Ranvier pada gentian saraf bermielin.
Allen's ruleprinsip AllenBiologiTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa di kawasan sejuk, mamalia menunjukkan kecenderungan untuk mempunyai unjuran, seperti kaki, ekor, dan telinga yang masing-masing lebih pendek daripada mamalia yang serupa yang mendiami kawasan yang lebih panas. Dengan cara ini mamalia di kawasan sejuk boleh menyesuaikan diri untuk menyimpan haba.
acetonuriaasetonuriaVeterinarTiadaPenyakit yang disebabkan oleh gangguan metabolisme yang berpunca daripada pemakanan. Penyakit ini berlaku kesan daripada pengumpulan aseton yang disebabkan oleh peningkatan kandungan dalam darah, sehingga menyebabkan keracunan. Penyakit ini menunjukkan ciri-ciri ternakan yang mengalami keadaan hipoglisemia, kehilangan selera makan, berkeadaan lemah dan mengasingkan diri. Hal ini berlaku pada peringkat akhir kebuntingan atau pada peringkat pengeluaran susu yang tinggi. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kekurangan kandungan tenaga dalam makanan untuk keperluan tahap fisiologi haiwan tersebut. Tenaga yang meningkat secara mendadak semasa peringkat kebuntingan akhir dan pengeluaran susu yang tinggi akan menyebabkan keperluan simpanan lemak diuraikan untuk menghasilkan tenaga. Dalam proses ini aseton turut dihasilkan. Aseton tidak dapat dikeluarkan dengan segera melalui air kencing dan menyebabkan kandungannya meningkat di dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku pada haiwan biasa yang kekurangan makanan secara berlanjutan. Sinonim ketosis, hiperketonemia. Lihat juga jasad keton, bahan antiketonik, hipoglisemia.
blood/gas partition coefficientpekali sekatan separa darah/gasPerubatanTiadaNisbah kepekatan setiap gas atau bahan antara dua fasa yang dipisahkan oleh membran semitelap pada peringkat keseimbangan. Nisbah yang lebih rendah menunjukkan gas tersebut kurang larut dalam darah tetapi bertindak lebih cepat. Contohnya, nisbah untuk halotana ialah 2.3 dan sevoflurana ialah 0.43. Oleh itu, sevoflurana menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri dengan lebih cepat. Sinonim keterlarutan darah/gas.
bronze alloycampuran gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCampuran pelbagai logam untuk menghasilkan artifak gangsa. Campuran ini melibatkan tembaga, plumbum dan timah. Analisis yang dilakukan terhadap gendang gangsa di Malaysia dan Indochina menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah tembaga diikuti plumbum dan yang paling rendah ialah timah. Campuran gangsa ini membolehkan jangka hayat artifak tahan lebih lama di samping mengekalkan kekerasannya. Selain gendang gangsa, artifak lain adalah seperti alat perhiasan diri, mangkuk gangsa dan loceng gangsa.
12

Kembali ke atas